• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jalan Masjid India Kembali ‘Hidup’ Selepas Operasi Tamat

oleh Mohd Arshad
01/09/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Jalan Masjid India Kembali ‘Hidup’ Selepas Operasi Tamat
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Jalan Masjid India di sini kembali meriah dengan pengunjung mula memenuhi premis perniagaan yang beroperasi sepenuhnya hari ini selepas insiden tanah jerlus 23 Ogos lepas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tinjauan BERNAMA mendapati deretan kedai berhadapan dengan lokasi kejadian mula dibuka selepas sebahagiannya ditutup sepanjang operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa dilaporkan berkata operasi SAR bagi mengesan G.Vijaya Lakshmi, 48, dihentikan selepas mengambil kira isu keselamatan serta risiko kepada anggota pasukan SAR dan keselamatan kawasan di sekitar lokasi insiden.

Pekerja di sebuah kedai barangan perhiasan dikenali sebagai Ibrahim berkata, sepanjang tempoh sembilan hari SAR, premis itu sangat kurang dikunjungi.

“Pada hari pertama kejadian, kedai tutup. Selepas beberapa hari, kedai dibuka semula tapi pengunjung sangat kurang berbanding sebelum kejadian.

“Boleh dikatakan 80 peratus pengunjung ‘hilang’. Lepas SAR ini, harap orang ramai boleh datang semula,” katanya kepada BERNAMA.

Seorang pengunjung, Mohd Azmi Halim, 43, berharap usaha membaik pulih Jalan Masjid India dapat dilakukan segera kerana laluan berkenaan adalah kawasan tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

“Orang ramai selalu datang sini. Barangan berpatutan. Apabila jadi insiden ini, orang takut nak datang. Apabila ada usaha jalan dibaik pulih, orang ramai boleh datang untuk beli barang,” katanya.

Pengawal keselamatan di Wisma Yakin, Juinon Masdin, 48, juga berharap pihak bertanggungjawab sentiasa memantau keadaan di jalan berkenaan susulan insiden itu terutama ketika hujan lebat.

“Bagi kami pihak keselamatan di sini akan melakukan pemantauan setiap masa untuk menjaga keselamatan peniaga dan pengunjung wisma ini,” katanya.

Seorang pengunjung dari Sabah, Elmia Kiramon, 55, berkata walaupun sedikit risau dengan insiden berkenaan namun dia yakin dengan tahap keselamatan di kawasan berkenaan.

“Saya lihat polis sudah tutup dan kawal kawasan itu (lokasi kejadian). Kita sebagai pengunjung jangan ke sana (kawasan tanah jerlus),” katanya yang melancong di sini sejak dua minggu lepas dan telah dua kali berkunjung di Jalan Masjid India untuk membeli-belah.

Pekerja kedai pakaian, Nora Amrizal, 36, juga berharap pihak berkuasa sentiasa melakukan pemeriksaan di kawasan sekitarnya untuk memastikan keselamatan peniaga dan pengunjung.

Menurutnya, peniaga akan mengalami kerugian sekiranya orang ramai masih menganggap lokasi berkenaan tidak selamat untuk dikunjungi susulan kejadian tanah jerlus itu.

Bernama-

Tags: insiden tanah jerlusjalan masjid india
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mpox Merebak Melalui Kontak Rapat Berpanjangan, Tidak Mudah Menular Seperti COVID-19 – Pakar

Next Post

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa Terengganu, Pahang, Johor, Sabah

Related Posts

Aktiviti Manusia Punca Tanah Jerlus Di Jalan Masjid India

Aktiviti Manusia Punca Tanah Jerlus Di Jalan Masjid India

07/09/2024
0

SHAH ALAM - Hasil siasatan pelbagai agensi mendapati faktor antropogenik iaitu aktiviti manusia merupakan antara tiga punca berlakunya tanah jerlus...

Bangunan Selangor Mansion Digempur Imigresen

03/05/2020
0

KUALA LUMPUR - Bangunan Selangor Mansion di Jalan Masjid India, di sini, yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), digempur...

Next Post
Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa Terengganu, Pahang, Johor, Sabah

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa Terengganu, Pahang, Johor, Sabah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd