• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GISB Jawab Tuduhan Eksploitasi Kanak-kanak

oleh Mohd Arshad
11/09/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
GISB Jawab Tuduhan Eksploitasi Kanak-kanak
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) menafikan dakwaan terlibat dengan sindiket pemerdagangan dan eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja sepertimana tular di media sosial baru-baru ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Ketua Pengarah Pentadbiran GISB, Mokhtar Tajuddin berkata, pihaknya turut menegaskan tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang khususnya melibatkan kanak-kanak.

“Isu tersebut merupakan satu prasangka, fitnah dan berniat jahat untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap GISB.

“Pendirian kami amat jelas untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan menyokong aspirasi kerajaan dalam membangunkan negara.

“GISB sedia memberikan kerjasama dengan pihak berwajib bagi menyelesaikan isu ini. Akhir sekali, kami berdoa kepada ALLAH SWT agar segala fitnah, tohmahan, buruk sangka dan kebencian ini dapat dinoktahkan,“ katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini, GISB didakwa terlibat dengan kegiatan penyelewengan akidah susulan terpalit isu ajaran sesat al-Arqam yang pernah difatwakan sesat pada 1994 lampau sehingga sanggup mengeksploitasi agama dan kanak-kanak untuk meminta derma serta menjalankan aktiviti perniagaan.

Syarikat yang beroperasi di 20 buah negara itu mengesahkan sudah membuat permohonan untuk bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar pada 1 September lalu.

Mohd Na’im memaklumkan, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak akan berkompromi dalam isu berkaitan akidah umat Islam kerana ia perkara asas yang sepatutnya dipelihara sepanjang masa.

Jelasnya lagi, masyarakat yang mempunyai apa-apa maklumat berkaitan kegiatan diragui dan boleh memesongkan akidah umat Islam perlu segera membuat laporan kepada pihak polis.

SinarHarian-

Tags: eksploitasi kanak-kanakGISB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Akauntan Kanan GISB Sekali Lagi Didakwa 40 Tuduhan Ubah Wang Haram

Bekas Akauntan Kanan GISB Sekali Lagi Didakwa 40 Tuduhan Ubah Wang Haram

18/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Bekas akauntan kanan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Mohd Khushairi Osman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari...

UNICEF Terkejut Kes 402 Kanak-Kanak Jadi Mangsa Aniaya, Dera

UNICEF Terkejut Kes 402 Kanak-Kanak Jadi Mangsa Aniaya, Dera

12/09/2024
0

KUALA LUMPUR : Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) terkejut dan bimbang dengan laporan 402 kanak-kanak dan remaja daripada beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd