• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuti Hari Kebangsaan: 20,000 Pelancong Malaysia Bercuti Ke Selatan Thailand

oleh Mohd Arshad
02/09/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Cuti Hari Kebangsaan: 20,000 Pelancong Malaysia Bercuti Ke Selatan Thailand
Share on FacebookShare on Twitter

PATTANI – Sebanyak 20,000 pelancong dari Malaysia bercuti di Wilayah Selatan Thailand dan menyumbang lebih 100 juta Baht (100 Baht = RM12.71) kepada ekonomi tempatan sempena cuti panjang untuk sambutan Hari Kebangsaan Sabtu lepas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kebanyakan pelawat dari Malaysia dilaporkan menggunakan pintu masuk Bukit Kayu Hitam dan Pengkalan Hulu di Malaysia untuk menuju ke Sadao dan Betong di Thailand.

Pengarah Pejabat Pelancongan dan Sukan Songkhla, Wilawan Pobunsong berkata, secara umum, jumlah pelancong Malaysia yang memasuki pintu masuk untuk bercuti di kawasan selatan Thailand ini amat menggalakkan, terutamanya ketika cuti umum atau cuti sekolah di Malaysia.

“Secara keseluruhannya, seramai 20,000 pelawat dari Malaysia telah bercuti di wilayah selatan Thailand pada cuti panjang hujung minggu lepas iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad.

“Antara kawasan tumpuan pelancong Malaysia ialah di Pantai Samila, Bandar Lama Songkhla dan Pasar Terapung Khlong Hae di Wilayah Songkhla,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin (2 September).

Wilawan berkata, sepanjang tempoh tiga hari itu, pelancong Malaysia dianggarkan menyumbang kira-kira 100 juta Baht kepada sektor ekonomi tempatan.

Selain itu, Ketua Jabatan Kastam Betong, Praornrat Rattanspornsomporn berkata, mulai Jumaat hingga Ahad lepas, seramai 4,000 hingga 5,000 pelancong Malaysia telah memasuki pintu Betong.

“Kemasukan pelancong Malaysia, terutamanya ketika cuti umum, sentiasa ramai dan difahamkan tempat-tempat penginapan di Betong juga mencatatkan tempahan hampir 95 peratus,” katanya.

Thailand menerima kedatangan 17.5 juta pelancong asing dan menjana pendapatan kira-kira 825.541 bilion Baht (RM106.22 bilion) bagi separuh pertama tahun ini.

Statistik Kementerian Pelancongan dan Sukan menunjukkan dari Januari hingga Jun tahun ini, pelancong dari China menduduki senarai teratas dengan 3.43 juta, diikuti Malaysia (2.43 juta) dan India (1.04 juta) dalam tempoh yang sama.

Bernama-

Tags: cuti hari kebangsaanpelancong malaysiaSelatan Thailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Dalam Serangan Kebakaran Di selatan Thailand

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Dalam Serangan Kebakaran Di selatan Thailand

23/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar Negeri mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat atau terjejas dalam serangan kebakaran di beberapa tempat di selatan...

Pelancong Malaysia Terkandas Di Sepanyol, Selamat Tiba

24/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Semua 19 pelancong Malaysia yang dilaporkan terkandas di Sepanyol disebabkan pembatalan penerbangan ekoran wabak COVID-19, selamat pulang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd