• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BRICS: Malaysia Dapat Manfaat Daripada Global South – PM

oleh Mohd Arshad
05/09/2024
dalam Ekonomi, Terkini
0
BRICS: Malaysia Dapat Manfaat Daripada Global South – PM
Share on FacebookShare on Twitter

VLADIVOSTOK – Menyertai organisasi antara kerajaan BRICS bukan sahaja membolehkan Malaysia mendapat manfaat daripada kumpulan negara Global South tetapi turut memberi ruang kepada negara untuk berkongsi kepakarannya, terutamanya berdasarkan kedudukannya sebagai hab semikonduktor di rantau ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dengan menyertai BRICS, Malaysia akan mempunyai peluang untuk memanfaatkan ekonomi Global South dan memastikan amalan perdagangan yang adil dikekalkan serta infrastruktur kewangan antarabangsa tidak dimonopoli oleh satu negara atau satu rantau.

“Pada asasnya, ini akan memberi manfaat kepada Malaysia, Global South dan secara tidak langsung kepada seluruh dunia,” kata beliau pada sesi soal jawab pada sesi pleno Forum Ekonomi Timur (EEF) ke-9 di sini hari ini.

Ia turut disertai Presiden Rusia Vladimir Putin dan Naib Presiden China Han Zheng.

Terdahulu, dalam ucaptama beliau, Anwar yang merujuk kepada anggaran terkini berkata Global South kini menyumbang kira-kira 40 peratus daripada keluaran ekonomi dunia.

“Global South merangkumi 85 peratus daripada penduduk global. Menjelang 2030, diunjurkan tiga daripada empat ekonomi terbesar adalah daripada Global South,” kata beliau.

Anwar berkata, merangkumi negara-negara di seluruh Asia, Afrika dan Amerika Latin, Global South berada pada trajektori untuk memainkan peranan penting dalam membentuk semula masa depan ekonomi dunia.

Global South secara amnya terdiri daripada Afrika, Amerika Latin dan Caribbean, Asia (tidak termasuk Israel), Jepun, Korea Selatan dan Oceania (tidak termasuk Australia dan New Zealand).

Sementara itu, Perdana Menteri bersetuju dengan Putin bahawa terdapat banyak peluang yang boleh diterokai merentasi semua sektor antara kedua-dua negara seperti tenaga, kompleks perindustrian dan teknologi digital.

“Kami juga akan menghantar lebih ramai pelajar ke Rusia,” kata Anwar.

Mengenai rakan dagang, beliau menekankan bahawa Malaysia telah menjalin hubungan perdagangan yang kukuh dengan Amerika Syarikat dan membina kerjasama yang lebih erat dengan China.

“Rusia secara tradisinya adalah negara yang baik dalam hubungan diplomatik dengan Malaysia,” kata Anwar.

BRICS adalah blok kerjasama bagi ekonomi sedang pesat membangun yang ditubuhkan pada 2009 dan merangkumi Brazil, Rusia, India serta China dan disusuli penyertaan Afrika Selatan pada 2010.

Pada Januari 2024, negara-negara seperti Iran, Mesir, Ethiopia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut menyertainya sebagai anggota baharu.

Secara kumulatif, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara anggota BRICS berjumlah AS$26.6 trilion (AS$1=RM4.34), iaitu 26.2 peratus daripada KDNK dunia dan hampir menyamai kekuatan ekonomi negara kumpulan G7. 

-Bernama

Tags: BRICSMalaysiapm
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia mengecam keras serangan oleh rejim Israel di Gaza yang mengakibatkan kematian orang awam yang tidak berdosa,...

Malaysia Kecam Israel Larang Operasi Organisasi Bantuan Kemanusiaan Di Gaza

Malaysia Kecam Israel Larang Operasi Organisasi Bantuan Kemanusiaan Di Gaza

01/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya keputusan rejim Zionis Israel untuk melarang dan menggantung operasi sebilangan besar organisasi bantuan kemanusiaan antarabangsa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd