• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BNM Kekalkan OPR Pada 3.0 Peratus

oleh Mohd Arshad
05/09/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
BNM Kekalkan OPR Pada 3.0 Peratus
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tiga peratus pada mesyuaratnya hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut BNM dalam kenyataan di sini, pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari terus menyokong ekonomi dan konsisten dengan penilaian semasa berhubung prospek inflasi dan pertumbuhan.

Katanya, ekonomi global terus berkembang berikutan keadaan pasaran pekerja yang berdaya tahan dan pemulihan perdagangan global yang berterusan.

“Pada masa depan, pertumbuhan global dijangka berterusan disebabkan keadaan pasaran pekerja yang positif, inflasi yang terus menurun dan dasar monetari yang kurang ketat.

“Perdagangan global dijangka terus pulih dengan sokongan produk elektrik dan elektronik (E&E) serta produk bukan E&E,” menurut BNM.

Menurut bank pusat, prospek pertumbuhan terus bergantung kepada risiko pertumbuhan menjadi perlahan, disebabkan terutamanya oleh ketegangan geopolitik yang semakin meruncing, volatiliti dalam pasaran kewangan global dan momentum pertumbuhan yang lebih perlahan di ekonomi utama.

BNM berkata, ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.1 peratus pada separuh pertama 2024 didorong oleh perbelanjaan dalam negeri yang berdaya tahan dan aktiviti eksport yang lebih giat.

Pada masa depan, katanya eksport dijangka terus disokong oleh peningkatan kitaran teknologi global berikutan kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan semikonduktor serta eksport barangan bukan E&E yang terus kukuh.

“Perbelanjaan pelancong dijangka terus meningkat. Pertumbuhan guna tenaga dan upah berserta langkah-langkah dasar masih terus menyokong perbelanjaan isi rumah,” kata BNM.

Katanya pengembangan mantap aktiviti pelaburan akan berterusan disebabkan projek berbilang tahun dalam sektor swasta dan awam, pelaksanaan inisiatif pemangkin di bawah beberapa pelan induk nasional serta lebih banyak pelaksanaan pelaburan yang telah diluluskan.

Menurut BNM, import pengantaraan dan modal yang lebih tinggi akan memberikan sokongan lanjut kepada eksport dan pelaburan.

“Prospek pertumbuhan bergantung kepada risiko pertumbuhan menjadi perlahan yang berpunca daripada permintaan luaran dan pengeluaran komoditi yang lebih rendah daripada jangkaan.

“Sementara itu, risiko pertumbuhan menjadi lebih tinggi berpunca terutamanya daripada limpahan peningkatan kitaran teknologi yang lebih besar, aktiviti pelancongan yang lebih giat dan pelaksanaan yang lebih pantas bagi projek pelaburan,” kata BNM.

Katanya pemulihan nilai ringgit baru-baru ini didorong oleh perubahan jangkaan berhubung kadar faedah dasar yang lebih rendah di ekonomi utama, khususnya di Amerika Syarikat serta prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh.

“Pada masa depan, prospek ekonomi Malaysia yang positif, pembaharuan struktur dalam negeri serta inisiatif sedia ada untuk menggalakkan aliran akan terus memberikan sokongan yang berterusan kepada ringgit,” kata BNM.

Menurut bank pusat, MPC terus memantau perkembangan semasa bagi memaklumkan penilaian trajektori inflasi dan trajektori pertumbuhan dalam negeri menuju tahun 2025.

“MPC akan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil,” menurut BNM. – Bernama

-Sinar Harian

Tags: BNMOPR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dua Kumpulan Warga Pakistan Bergaduh Tular Di Media Sosial

Next Post

Korea Utara Lancar 190 Belon Sampah Ke Korea Selatan

Related Posts

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00...

BNM Dijangka Kekalkan OPR Pada 3 Peratus Khamis Ini

BNM Dijangka Kekalkan OPR Pada 3 Peratus Khamis Ini

02/09/2024
0

KUALA LUMPUR : Firma penyelidikan menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus Khamis ini....

Next Post
Korea Utara Lancar 190 Belon Sampah Ke Korea Selatan

Korea Utara Lancar 190 Belon Sampah Ke Korea Selatan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd