• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Mohon Maaf Tersasul Sebut ‘Hidup Israel’

oleh AK-47
05/08/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Zahid Mohon Maaf Tersasul Sebut ‘Hidup Israel’
Share on FacebookShare on Twitter

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi hari ini memohon maaf selepas secara tidak sengaja melaungkan sokongan untuk Israel semasa Himpunan Pembebasan Palestin yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Katanya, kesilapan itu berlaku ketika dia penuh bersemangat menyatakan dukungan terhadap isu perang yang melanda di Timur Tengah.

“Dalam keghairahan dan rasa penuh semangat tadi, saya memohon maaf atas kekhilafan saya dalam berbicara.

“Namun hati yang tulus ikhlas ini tetap membara untuk melaungkan bebas Palestin, hidup Palestin, dan merdeka Palestin,” katanya di Facebook.

Malam tadi, Ahmad Zahid dalam ucapannya di hadapan kira-kira 10,000 hadirin mahu mengatakan bahawa Malaysia akan terus memberikan sokongan kepada Palestin.

Namun, dia tersilap dengan menyebut Israel.

“Insya-Allah rakyat Malaysia pelbagai agama dan kaum akan terus memberi dukungan kepada perjuangan rakyat Israel, insya-Allah,” katanya.

Kesilapan itu disambut dengan jeritan orang ramai ketika mereka cuba membetulkan kesilapan Ahmad Zahid, dan seorang memberitahu yang dia melakukan ‘typo’.

Ahmad Zahid juga tersilap menyebut “hidup Israel” ketika mengetuai laungan selepas itu, sebelum membetulkannya dengan menyebut “hancur Israel” dan “hidup Palestin”.

-Malaysia Kini

Tags: Ahmad Zahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd