• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Rugi RM120,000 Terpedaya Panggilan Daripada ‘Polis’

oleh Mohd Arshad
10/08/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Suami Isteri Rugi RM120,000 Terpedaya Panggilan Daripada ‘Polis’
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru : Suami isteri kerugian RM120,000 selepas mendakwa terpedaya dengan panggilan daripada individu menyamar sebagai penguat kuasa Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) atau polis.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima laporan dibuat lelaki tempatan berusia 56 tahun itu, semalam.

“Mangsa mendakwa dia dan isteri ditipu oleh individu yang menyamar sebagai penguat kuasa AMLA atau polis, secara dalam talian.

“Akaun bank mereka dikatakan terbabit dalam penipuan menyebabkan mangsa yang percaya melakukan 17 kali transaksi pembayaran melalui mesin deposit ke dalam tiga akaun bank berbeza pada Isnin lalu.

“Jumlah keseluruhan wang yang dipindahkan adalah RM120,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa diberitahu, pembayaran itu adalah untuk pengesahan audit kewangan, namun apabila semua transaksi sudah dibuat, nombor talian sudah disekat.

Katanya, kedua-dua mangsa yang tidak bekerja itu kemudian sedar ditipu, sebelum membuat laporan polis.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu. Siasatan juga akan meliputi pembabitan keldai akaun sekiranya ada dan tindakan akan diambil terhadap pemilik akaun yang terbabit,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Sohaimi menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah mempercayai termasuk sebarang tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan yang mudah, cepat dan tinggi.

Menurutnya, gunakan perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) seperti ‘National Scam Response Centre’ (NSRC), CCID Infoline, Semak Mule dan Facebook JSJK Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mendapatkan sebarang maklumat berkaitan jenayah komersial sebelum membuat sebarang transaksi bayaran kepada pihak lain.

-Harian Metro

Tags: scam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pesawat Terhempas Di Brazil, 61 Terbunuh

Next Post

Felcra Nafi Dakwaan Jual Kilang

Related Posts

‘Sedekah’ RM649,150 Kepada Scammer

‘Sedekah’ RM649,150 Kepada Scammer

21/05/2025
0

Kuantan: Mudah sangat ditipu apabila seorang kerani sanggup menyerahkan wang berjumlah RM649,150 selepas dipelawa menyertai pelaburan tidak wujud melalui media...

Pesara Guru Rugi RM200,000 Ditipu ‘Wakil Pejabat Kesihatan’

Pesara Guru Rugi RM200,000 Ditipu ‘Wakil Pejabat Kesihatan’

29/03/2025
1

Kuantan: Pesara guru kerugian RM200,000 selepas terpedaya dengan kes penipuan secara dalam talian oleh 'wakil pejabat kesihatan'. Ketua Polis Pahang...

Next Post
Felcra Nafi Dakwaan Jual Kilang

Felcra Nafi Dakwaan Jual Kilang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd