• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Palestin Dirawat Tidak Akan Tinggal Di Malaysia – Duta Palestin

oleh Mohd Arshad
22/08/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Rakyat Palestin Dirawat Tidak Akan Tinggal Di Malaysia – Duta Palestin
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali, menegaskan rakyat Palestin yang cedera dan kini menerima rawatan di Malaysia tidak akan tinggal di negara ini secara kekal.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kenyataan beliau itu dibuat susulan beberapa kritikan terhadap inisiatif Malaysia menyediakan rawatan perubatan kepada rakyat Palestin terjejas peperangan di Gaza.

Menurut portal berita Scoop, Walid melahirkan rasa terkejut dengan reaksi negatif terhadap sikap ihsan kerajaan Malaysia itu.

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat Malaysia untuk melihat inisiatif itu melalui kaca mata kemanusiaan dan bukannya politik.

“Malaysia menjadi negara tuan rumah buat warga Palestin yang cedera ini buat sementara waktu untuk rawatan perubatan mereka.

“Mereka akan pulang semula selepas rawatan yang diberikan selesai. Warga Palestin yang dibawa ke Malaysia ini tidak berhasrat menjadikan negara ini sebagai tempat perlindungan kekal untuk mereka.

“Saya sebagai Duta Palestin, percaya walaupun terdapat perbezaan pendapat (membabitkan rakyat Malaysia mengkritik inisiatif itu), isu Palestin diakui menyatukan rakyat Malaysia.

“Saya benar-benar terkejut dengan tindak balas berkenaan. Walaupun saya tidak terbabit dalam politik domestik Malaysia, saya menyedari bahawa tiada inisiatif yang mendapat sokongan sebulat suara, jadi adalah perkara biasa untuk menghadapi suara-suara sumbang yang mengkritik inisiatif berkenaan,” katanya kepada Scoop.

Pada 16 Ogos lalu, media melaporkan seramai 41 rakyat Palestin yang cedera akibat serangan Israel di Gaza, dengan diiringi 86 waris mereka selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara (PTU) Subang, di sini.

Ketibaan mereka sekitar jam 2 hingga 2.30 petang itu dengan menaiki dua pesawat A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), turut disambut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dan Walid.

Sebelum ini, sekumpulan pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dan individu dilaporkan menyuarakan kekhuatiran ke atas kritikan yang diterima kerajaan atas keputusan untuk membawa 127 rakyat Palestin untuk dirawat di Malaysia.

Sabtu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan menzahirkan perasaan amat kesal dan sedih atas sikap sesetengah pihak yang mengecam dan mengkritik langkah membawa rakyat Palestin yang cedera untuk dirawat di negara ini.

Lebih menyedihkan, ada yang meminta Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Palestin berikutan perhatian yang diberikan terhadap usaha menyediakan rawatan kepada rakyat Palestin yang cedera, di negara ini.

“Kezaliman Israel menembak, bom, hancurkan rumah, bunuh bayi (dan) wanita, malah baru-baru ini lelaki dipenjara, ada yang diperkosa, kemudian kita bawa balik, itu pun dicerca, ada orang kata Anwar tak payah jadi Perdana Menteri Malaysia, pergi jadi Perdana Menteri Palestin kalau nak tolong sangat,” kata Anwar ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Program MADANI Rakyat 2024 Zon Selatan.

Dalam pada itu, Walid memuji Malaysia kerana menjadi negara Asia pertama yang melakukan inisiatif sedemikian, malah menyatakan bahawa negara Asia Barat lain seperti Turki, Mesir, Jordan, Qatar, dan beberapa ahli GCC sebelum ini telah menawarkan sokongan yang sama.

“Saya amat berterima kasih atas inisiatif Perdana Menteri. Saya dan rakyat Palestin sangat menghargai jasa seluruh rakyat Malaysia dan semua agensi yang terbabit. Jasa baik Malaysia terhadap Palestin ini akan dikenang dan dihargai selamanya.

Pada November tahun lalu, Walid dilaporkan menyatakan bahawa rakyatnya lebih rela mati mempertahankan tanah air daripada menjadi pelarian di negara lain.

“Malaysia tidak akan pernah menjadi rumah kepada pelarian Palestin. Kami meminta Malaysia membantu kami mendapatkan hak untuk kembali (ke Palestin), kami mahu tinggal di Palestin dan kami mahu mati di Palestin,” katanya pada sidang media ketika itu.

-Berita Harian

Tags: Palestinrakyat palestin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cabaran AI, Pendidikan IPT Perlu Dikemas Kini Ikut Perkembangan Semasa

Next Post

Yasin Dipenjara Seumur Hidup Dan 16 Sebatan, Digari Terus Ke Penjara Kajang

Related Posts

Trump Ikrar Akhiri Perang Di Gaza

Trump Ikrar Akhiri Perang Di Gaza

14/05/2025
0

RIYADH – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyatakan sokongan padu terhadap rakyat Gaza dan menyeru masyarakat antarabangsa agar menangani...

Malaysia Desak PBB Bertindak Hentikan Genosid Israel

Malaysia Desak PBB Bertindak Hentikan Genosid Israel

22/03/2025
0

SHAH ALAM – Malaysia menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa bertindak tegas terhadap Israel bagi menghentikan...

Next Post
Yasin Dipenjara Seumur Hidup Dan 16 Sebatan, Digari Terus Ke Penjara Kajang

Yasin Dipenjara Seumur Hidup Dan 16 Sebatan, Digari Terus Ke Penjara Kajang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd