• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Nenggiri: BN Perak Hantar Jentera Orang Asli Bantu Kempen

oleh AK-47
04/08/2024
dalam Politik, Terkini
0
PRK Nenggiri: BN Perak Hantar Jentera Orang Asli Bantu Kempen
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Barisan Nasional (BN) Perak menggerakkan jentera Orang Asli bagi membantu kempen calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, BN Perak diberi tanggungjawab menjaga tiga Pusat Daerah Mengundi (PDM) termasuk dua PDM Orang Asli iaitu di Sungai Puian dan Pos Simpor.

Menurutnya, satu lagi PDM di Sungai Asap iaitu di dalam kawasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

“Pendekatan kali ini berbeza dengan kempen pada PRK sebelum ini kerana kawasan Orang Asli tak boleh ceramah, jadi kita kena pergi rumah ke rumah.

“Sebab itu saya gunakan kumpulan kempen ini Orang Asli negeri Perak sendiri. Petugas ini akan pergi rumah ke rumah dan secara kebetulan mereka ada keluarga di situ,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera Negeri Perak Belang Tarung Tiga Warna Kontinjen Sukma Negeri Perak 2024 di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Ahad.

Hadir sama pada majlis itu, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah; Setiausaha Kerajaan Negeri Perak merangkap Ketua Kontinjen Sukma Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan beberapa tetamu kehormat yang lain.

Sementara itu difahamkan seramai 55 petugas BN Perak termasuk 13 daripadanya merupakan Orang Asli yang dihantar bagi membantu jentera BN di PRK DUN Nenggiri.

PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Mohd Rizwadi Ismail, 41, yang bertanding atas tiket Pas dengan calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, 38.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 17 Ogos ini sebagai hari pengundian dan calon mempunyai 14 hari untuk mengadakan kempen mengikut jentera parti masing-masing.

Pilihan raya tersebut diadakan berikutan kekosongan kerusi yang diumumkan oleh Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lepas.

Kerusi DUN Nenggiri sebelum ini disandang Mohd Azizi Abu Naim daripada Bersatu, namun keahliannya dalam parti digugurkan pada 13 Jun lepas.

-Sinar Harian

Tags: BNBN PerakPRK Nenggiri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd