• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perdana Menteri Diberi Sambutan Rasmi Di India

oleh Mohd Arshad
20/08/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Perdana Menteri Diberi Sambutan Rasmi Di India
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, diberi sambutan rasmi oleh rakan sejawat, Narendra Modi 9 pagi ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Sambutan berlangsung di kediaman rasmi Presiden India, Rashtrapati Bhavan, di sini.

Anwar dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke India atas jemputan Modi, tiba di New Delhi semalam.

Menyertai beliau ialah Menteri Sumber Manusia, Steven Sim; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian, Datuk Seri Tiong King Sing; Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Digital, Gobind Singh dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Selepas itu, Anwar diberikan penghormatan untuk meletakkan kalungan bunga di tugu Peringatan Gandhi, bapa kemerdekaan India, di Kompleks Peringatan Raj Ghat, disusuli dengan kunjungan hormat Menteri Hal Ehwal Luar India, S Jaishankar.

Perdana Menteri kemudian mengadakan perjumpaan tertutup dengan rakan sejawatnya, Narendra Modi, disusuli perjumpaan empat mata membabitkan dua pemimpin itu, di kediaman kediaman rasmi Perdana Menteri India, Hyderabad House.

Ini diikuti majlis menandatangani dan pertukaran lapan memorandum persefahaman (MoU) dan penyerahan laporan Forum CEO Kedua India-Malaysia, di Dewan Khailash, juga di Hyderabad House.

Perdana Menteri kemudian diraikan pada majlis jamuan makan tengah hari dihoskan Modi dan selepas itu mengadakan pertemuan dengan Presiden India, Droupadi Murmu, di Rashtrapati Bhavan.

Perdana Menteri juga akan menyampaikan Syarahan Ke-50 Sapru House bertajuk ‘Ke arah Pembangunan Global Selatan, Memanfaatkan Hubungan Malaysia-India’ pada acara anjuran Majlis Hal Ehwal Dunia India.

Lawatan rasmi hari kedua diakhiri dengan majlis ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Suruhanjaya Tinggi Malaysia.

-Berita Harian

Tags: IndiapmSambutan Rasmi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

India Tidak Menjemput China, Pakistan dan Turkiye Ke “International Fleet Review 2026”

India Tidak Menjemput China, Pakistan dan Turkiye Ke “International Fleet Review 2026”

02/11/2025
0

India Tidak Menjemput China, Pakistan dan Turkiye ke “International Fleet Review 2026” New Delhi – Dalam satu langkah yang menarik...

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India 

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India 

29/10/2025
0

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India  Oleh Mynewshub  Istilah pembersihan etnik merujuk kepada usaha sistematik untuk mengusir,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd