• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Kejar, Takutkan Isteri Dengan Gunting, Didenda RM2,800

oleh Mohd Arshad
29/08/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lelaki Kejar, Takutkan Isteri Dengan Gunting, Didenda RM2,800
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA: Seorang pekerja pengurusan jenazah didenda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini, selepas mengaku bersalah menakutkan isterinya dengan cara mengejar mangsa sambil memegang gunting pada 20 Julai lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Hukuman itu diputuskan Majistret Khairunnisak Hassni ke atas tertuduh, Mohd Ridzuan Mohd Fauzi, 34, yang menukar pengakuan kepada bersalah pada sebutan semula kes berkenaan hari ini.

Beliau turut memerintahkan tertuduh dipenjara lapan bulan jika gagal membayar denda berkenaan. Tertuduh membayar denda.

Ketika dituduh kali pertama pada 25 Julai, lalu dia mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Ridzuan didakwa dengan niat menakutkan isterinya, Siti Najira Abdul Sahak, 39, dengan cara mengejar sambil memegang gunting di sebuah pangsapuri dekat Kota Laksamana kira-kira jam 8.30 malam pada 20 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, jika disabitkan boleh dipenjara selama tujuh tahun atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.

Terdahulu, peguam, Muhammad Izzuddin Ab Malek dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan merayu tertuduh diberikan hukuman ringan kerana sudah insaf dan berjanji tidak mengulangi kesalahan, selain pengakuannya menjimatkan masa dan kos mahkamah untuk mengadakan perbicaraan.

Timbalan Pendakwa Raya, Wardah Ishhar bagaimanapun, berhujah supaya hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh atas kesalahan dilakukan kerana mangsa adalah isterinya.

Mengikut fakta kes, antara lain tertuduh bertindak demikian kerana berang mangsa (pengadu) didakwanya tidak pandai menjaga anak mereka yang berusia tiga bulan hingga terjatuh.

BHonline-

Tags: didendaisterilelaki
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

12/02/2026
0

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd