• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Mahu Keadilan, Hukuman Setimpal Ke Atas Pembunuh Istiqomah

oleh Mohd Arshad
12/08/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Keluarga Mahu Keadilan, Hukuman Setimpal Ke Atas Pembunuh Istiqomah
Share on FacebookShare on Twitter

Keluarga kepada Allahyarham Istiqomah Ahmad Rozi, 33, guru wanita yang mayatnya ditemukan dalam tong sampah di Alor Gajah, Melaka, Disember lepas tanpa kepala dan kedua-dua tangan, menyifatkan pembunuh wanita itu sebagai amat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Suami Istiqomah, Mohd Yusof Mokhtar, 35, berkata beliau menuntut supaya keadilan ditegakkan dengan pembunuh diburu dan dikenakan hukuman keras yang setimpal.

“Kalau boleh hukuman gantung, saya mahukan keadilan untuk isteri saya, tak patut (diperlakukan sedemikian rupa)…dia isteri yang taat pada suami dan amat sayangkan anak-anaknya. Dia (isteri) seorang yang baik.

“Kalau ada apa-apa dia akan minta izin dengan saya terlebih dahulu. Saya nak keadilan untuk dia (isteri), memang kejam (pelaku) buat macam itu,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Kota Masai di Johor Bahru, hari ini.

Mohd Yusof berkata anak-anaknya Naura Auni 9, Muhammad Naufal Amzar, 6 dan Nayla Aisya 4, telah tahu serta faham mengenai kejadian yang menimpa ibu mereka, dan mereka lebih banyak mendiamkan diri terutama anak sulungnya.

ADS
Ibu Istiqomah, Saleha Ya, 58, berkata kali terakhir beliau bertemu arwah adalah ketika bercuti di Morib, Selangor kira-kira dua hari sebelum Istiqomah dilaporkan hilang.

Beliau berkata semasa siasatan mengenai kehilangan anaknya itu dijalankan, beliau bersama-sama suaminya Ahmad Rozi Latimin, 64, yang tinggal di Pasir Mas, Kelantan, telah membuat ujian DNA di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam dan IPD Alor Gajah.

Ahmad Rozi pula memberitahu jenazah anaknya akan dibawa balik dan dikebumikan di Kampung Kubang Badak, Pasir Mas, dalam masa terdekat, dan pada masa ini pihaknya masih menunggu proses bedah siasat selesai.

Terdahulu Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ashari Abu Samah dalam kenyataan hari ini mengesahkan bahawa mayat tanpa kepala dan tangan yang ditemukan di tepi jalan di kawasan kampung Tanjung Rimau Luar, Pulau Sebang, Alor Gajah pada 31 Dis lepas, adalah mayat Istiqomah seorang guru yang dilaporkan empat hari sebelumnya.

Beliau berkata polis telah menahan reman satu pasangan suami isteri bagi membantu siasatan, dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara.

-Bernama

Tags: keluargaPembunuhan Istiqomah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Graduan Dituduh Memandu Bawah Pengaruh Alkohol Sebabkan 2 Kematian

Next Post

Pembahagian Tanah Peneroka, Peserta Lembaga Kemajuan Wilayah Diagihkan Secara Faraid

Related Posts

Anak, Keluarga OKU Mental Dipukul Dinasihat Tidak Berdendam

Anak, Keluarga OKU Mental Dipukul Dinasihat Tidak Berdendam

20/01/2025
0

KUALA TERENGGANU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan anak lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang...

Keluarga ‘Abang Bas’ Mahu Saman Selebriti

Keluarga ‘Abang Bas’ Mahu Saman Selebriti

17/09/2024
0

Muar: Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, termasuk selebriti, yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap...

Next Post
Pembahagian Tanah Peneroka, Peserta Lembaga Kemajuan Wilayah Diagihkan Secara Faraid

Pembahagian Tanah Peneroka, Peserta Lembaga Kemajuan Wilayah Diagihkan Secara Faraid

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd