• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jijoe Masih Mampu Berkayuh Di LA28 – Beasley

oleh Mohd Arshad
15/08/2024
dalam Sukan, Terkini
0
Jijoe Masih Mampu Berkayuh Di LA28 – Beasley
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Ketua jurulatih skuad berbasikal trek negara, John Beasley berharap supaya semua pihak menghormati apa sahaja keputusan Datuk Azizulhasni Awang yang kini berada dalam dilema persaraannya.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Biarpun mengakui Azizulhasni masih berupaya dari sudut fizikal dan mentaliti untuk ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28), Beasley berharap supaya anak didiknya itu diberikan ruang memenuhi impiannya termasuk menikmati perlumbaan keirin di Jepun.

“Secara fizikal, mentalitinya Azizulhasni mampu (ke LA2028) namun harus diingat beliau sudah memikul tanggungjawab negara selama 19 tahun. Semua orang harus memikirkan mengenai aspek ini dan biarkan beliau menikmati perlumbaan (lain) buat seketika.

“Beliau tidak pernah dapat menikmati perlumbaan sejak 10 tahun kebelakangan ini kerana sering berada di bawah tekanan begitu tinggi. Beliau tidak pernah berpeluang ke (siri) perlumbaan keirin di Jepun dan itu adalah (antara) hasratnya.

“Untuk itu, saya menyokongnya. Saya hanya mahu melihat beliau terus mencintai sukan ini dan selepas itu membantu membangunkan sukan di Malaysia,” kata Beasley.

Terdahulu, Azizulhasni yang disandarkan harapan untuk menamatkan penantian emas negara di Paris 2024 ditimpa nasib malang selepas disingkirkan seawal saringan pertama acara keirin lelaki di Velodrom Saint Quentin, Sabtu lalu.

Penyertaan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 dibatalkan selepas didapati memotong derny (basikal elektrik bertindak sebagai pacer) sebelum derny meninggalkan trek sekali gus memaksa perlumbaan dimulakan semula tanpa penyertaan Azizulhasni.

Beliau yang mengumumkan perlumbaan di Paris itu adalah kayuhan terakhirnya sebelum bersara bagaimanapun memberi bayangan sedia mempertimbangkan semula keputusan itu sejurus tiba di tanah air, Selasa lalu.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill berkata, pihaknya sama sekali tidak akan meletakkan paksaan dalam perancangan perjalanan karier Azizulhasni.

Begitupun, Amarjit berharap pemenang perak di Tokyo 2020 dan gangsa di Rio 2016 itu dapat mempertimbangkan paling tidak untuk menyertai Kejohanan Trek Dunia yang dijadual berlangsung pada Oktober nanti di Denmark.

“Saya (dapat) rasakan ‘api’ dalam dirinya masih membara. Beliau tak dapat menunjukkannya (di Paris 2024), saya sangat berharap beliau akan mempertimbangkannya atau menyertai kejohanan dunia pada Oktober nanti.

“Apapun, segala keputusan akan dibuat secara bersama dengan pasukannya,” kata Amarjit.

-Berita Harian

Tags: BeasleyJijoeLA28
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

TMJ Dan JDT Berpisah Tiada

Next Post

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

Related Posts

No Content Available
Next Post
Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd