• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Ucap Tahniah Anak Thaksin Jadi PM Thailand

oleh AK-47
18/08/2024
dalam Politik, Terkini
0
Anwar Ucap Tahniah Anak Thaksin Jadi PM Thailand
Share on FacebookShare on Twitter

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Paetongtarn Shinawatra atas pemilihannya sebagai Perdana Menteri Thailand.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pateongtarn ialah anak perempuan bekas perdana menteri Thaksin, dan anak saudara kepada bekas perdana menteri Yingluck, dan mencipta sejarah sebagai perdana menteri Thailand termuda dan wanita kedua memegang jawatan itu.

“Sebagai jiran rapat, Malaysia dan Thailand berkongsi perkongsian penting dan berkekalan, yang dijalin pada hubungan sejarah, budaya, dan ekonomi yang terjalin lama serta persaudaraan yang berakar umbi.

“Pencapaian bersama untuk keamanan dan pembangunan di selatan Thailand menawarkan faedah yang mendalam untuk masyarakat di kedua-dua belah sempadan kita,” kata Anwar dalam satu mesej ringkas yang dikeluarkan di media sosial.

“Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan Perdana Menteri Paetongtarn untuk membuka potensi penuh hubungan dua hala kami.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada sahabat saya, bekas Perdana Menteri Srettha Thavisin, atas kepimpinannya yang berwawasan dalam mengukuhkan ikatan antara kedua-dua negara kita,” tambahnya.

Pagi ini Raja Thailand Maha Vajiralongkorn mengesahkan Paetongtarn sebagai Perdana Menteri ke-31 negara itu.

Paetongtarn yang berusia 37 tahun menerima titah bertulis Raja Vajiralongkorn pada majlis yang diadakan di ibu pejabat parti Pheu Thai pada pagi Ahad, dua hari selepas dipilih oleh Parlimen.

Dia memberi penghormatan kepada potret Raja Vajiralongkorn sebagai isyarat simbolik menerima Perintah Diraja untuk menjadi Perdana Menteri ke-31.

Paetongtarn tiba di majlis itu kira-kira jam 8.20 pagi, ditemani bapanya, Thaksin, dan pemangku Kabinet Thailand.

Thaksin kembali ke Thailand pada 22 Ogos tahun lepas selepas 15 tahun dibuang negeri selepas dia dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan yang dilakukan semasa memegang jawatan.

Pada hari ketibaannya di Thailand, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun kepada bekas perdana menteri itu.

Bagaimanapun, dia menerima pengampunan diraja semalam dan dibebaskan hari ini.

Paetongtain menggantikan Srettha, yang dipecat daripada jawatan oleh Mahkamah Perlembagaan pada hari Rabu.

Awal bulan ini, parti pembangkang yang sangat popular, parti Move Forward yang menduduki tempat pertama dalam pilihan raya lalu tetapi tersingkir daripada kuasa, telah dibubarkan oleh mahkamah yang sama.

Mahkamah memutuskan bahawa kempennya untuk memperbaharui undang-undang menentang penghinaan terhadap institusi raja berisiko menjejaskan sistem raja berperlembagaan, dan parti itu telah kembali aktif semula di bawah sepanduk baru.

-Malaysia Kini

Tags: anwarPM ThailandThkasin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Thailand Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi 2 Hari

PM Thailand Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi 2 Hari

15/12/2024
0

Sepang : Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas...

Najib Rujuk Ucapan Anwar Dalam Afidavit Berhubung Tahanan Rumah

Najib Rujuk Ucapan Anwar Dalam Afidavit Berhubung Tahanan Rumah

05/06/2024
1

Najib Razak merujuk kepada ucapan perdana menteri Anwar Ibrahim pada Konvensyen Khas PKR, kira-kira dua bulan lalu untuk mengukuhkan cabarannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd