• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

oleh AK-47
15/08/2024
dalam Politik, Terkini
0
Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK
Share on FacebookShare on Twitter

Amanah pada umumnya sedia memberi laluan kepada parti dalam kerajaan perpaduan yang menjadi penyandang untuk dicalonkan dalam mana-mana pilihan raya kecil (PRK).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bagamanapun pada masa sama parti itu menegaskan pendirian tersebut bukanlah muktamad.

Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata parti itu memang sedia bertanding dalam sebarang PRK jika dirasakan perlu.

Pun begitu Mohamad berkata penyertaan Amanah dalam sesuatu PRK akan dibuat selepas proses perundingan dijalankan dengan parti dalam kerajaan perpaduan.

“Secara dasarnya, Amanah mengambil pendirian untuk memberikan laluan kepada parti penyandang di kerusi-kerusi yang dipertandingkan dalam mana-mana PRK.

“Pendirian ini berdasarkan kepada amalan gabungan perpaduan dalam enam PRK yang dihadapi sepanjang tempoh penggal parlimen ke-15 ini.

“Walaupun begitu pendirian ini bukanlah muktamad.

“Amanah bersedia untuk bertanding dalam mana-mana PRK jika dipersetujui bersama oleh parti-parti komponen kerajaan perpaduan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ia muncul ketika Amanah dan Umno dilihat masih bertelagah mengenai calon yang akan dipertaruhkan dalam PRK Mahkota – yang terletak dalam kawasan parlimen Kluang, Johor – bulan depan.

Awal hari ini Amanah Kluang berkata, mereka bukannya menuntut untuk mendapatkan kerusi Mahkota dan mengabaikan semangat kerajaan perpaduan.

Ketua Amanah Kluang Mohd Zuhan Mohd Zain malah mengingatkan kerajaan perpaduan belum terwujud di Johor.

Belum bincang agih kerusi

Justeru dia menggesa agar Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, memastikan proses rundingan antara parti kerajaan dijalankan sebelum sebarang keputusan muktamad diambil.

Untuk rekod kerusi DUN Mahkota dimenangi Amanah-PH dalam PRU ke-14 lalu sebelum kembali dikuasai Umno-BN kira-kira lima tahun kemudian.

Kerusi itu kosong berikutan penyandangnya. Sharifah Azizah Syed Zain, meninggal dunia pada awal bulan ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 14 Sept ini sebagai hari penamaan calon bagi PRK DUN Mahkota. Jika terdapat pertandingan PRK akan diadakan pada 28 Sept.

Mohamad berkata, isu pembahagian kerusi untuk PRU akan datang juga belum dibincang dan diputuskan pimpinan tertinggi kerajaan perpaduan.

“Justeru, Amanah akan terus komited kepada usaha untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan parti-parti komponen perpaduan untuk mencapai kemenangan dalam PRU ke-16,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: AmanahPRK
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jijoe Masih Mampu Berkayuh Di LA28 – Beasley

Next Post

Bayi Baru Lahir Ditinggalkan Dalam Besen Tepi Tong Sampah

Related Posts

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

06/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya...

PRK: Pusat Pengundian Ditutup, Proses Penjumlahan Undi Bermula

PRK: Pusat Pengundian Ditutup, Proses Penjumlahan Undi Bermula

06/07/2024
0

NIBONG TEBAL : Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) berakhir selepas semua sembilan pusat pengundian...

Next Post
Bayi Baru Lahir Ditinggalkan Dalam Besen Tepi Tong Sampah

Bayi Baru Lahir Ditinggalkan Dalam Besen Tepi Tong Sampah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd