• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Unit Skuba Tiba Di Sungai Trolak, Cari Bukti Kes Pembunuhan Nur Farah Kartini

oleh Mohd Arshad
19/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Unit Skuba Tiba Di Sungai Trolak, Cari Bukti Kes Pembunuhan Nur Farah Kartini
Share on FacebookShare on Twitter

Tanjung Malim : Sepasukan lima anggota Unit Skuba Forensik Bukit Aman dilihat tiba di Sungai Trolak Kampung Batu, di sini, bagi meneruskan pencarian bahan bukti kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mereka tiba di lokasi pada jam 11.15 pagi dengan menaiki dua kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux.

Tinjauan mendapati keadaan air di Sungai Trolak deras, selain warnanya keruh dipercayai hujan awal pagi tadi.

Pada masa sama, lebih 10 petugas media mula berkumpul di lokasi kejadian pada 9 pagi.

Semalam, media melaporkan beg tangan wanita dipercayai milik Nur Farah Kartini, 25 ditemui ketika operasi pencarian bahan bukti dilakukan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan berhubung penemuan bahan bukti itu.

Hussein berkata, operasi itu bagi mencari bahan bukti dipercayai barangan peribadi milik mangsa.

Isnin lalu, mayat Nur Farah Kartini ditemukan di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang.

Susulan itu, lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis ditahan pada hari sama.

Suspek direman tujuh hari sehingga 22 Julai depan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-Harian Metro

Tags: Kes Pembunuhan Nur Farah KartiniSungai TrolakUnit Skuba
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Paras Air Sungai Trolak Tempat Pencarian Bukti Kes Surut Dan Jernih

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Paras Air Sungai Trolak Tempat Pencarian Bukti Kes Surut Dan Jernih

21/07/2024
1

SLIM RIVER : Paras air bukan hanya surut malah semakin jernih di Sungai Trolak di Kampung Batu 4, pagi ini...

Kes Bunuh Farah Kartini: Unit Skuba Teruskan Operasi Pencarian Bukti Di Sungai Trolak

Kes Bunuh Farah Kartini: Unit Skuba Teruskan Operasi Pencarian Bukti Di Sungai Trolak

20/07/2024
1

SLIM RIVER: Operasi pencarian bahan bukti tambahan bagi kes pembunuhan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd