• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Pekerja Lebuh Raya Mati Serentak Dilanggar Kereta

oleh Mohd Arshad
13/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
2
Tiga Pekerja Lebuh Raya Mati Serentak Dilanggar Kereta
Share on FacebookShare on Twitter

Shah Alam : Tiga pekerja penyelenggaraan lebuh raya yang sedang bekerja maut sejurus dirempuh kereta yang hilang kawalan berhampiran Kilometer 3.1, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di sini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam kejadian jam 3.20 pagi tadi, seorang lagi mangsa iaitu pekerja warga Bangladesh mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden berkenaan pada jam 3.30 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kereta Proton Waja dari arah Damansara menghala ke Klang hilang kawalan dan melanggar pembahagi tengah lebuh raya.

“Ketika itu terdapat kerja-kerja penyelenggaraan yang sedang dilakukan di kawasan berkenaan. Kemalangan mengakibatkan tiga lelaki warga India berusia 24 hingga 29 tahun yang juga kakitangan syarikat penyelenggaraan maut di lokasi kejadian.

“Manakala seorang lelaki warga Bangladesh mengalami cedera ringan dan dibawa ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan,” katanya semalam.

Beliau berkata, pemandu kereta berusia 20-an ditahan polis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987..

Katanya, ujian darah dan air kencing turut dijalankan bagi memastikan kandungan alkohol dan dadah.

“Mayat ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat.

“Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Asisten Superintendan Raja Mahadi Raja Mahmudin di talian 012-3097660.

-Harian Metro

Tags: kemalanganPekerja Lebuh Raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

23/03/2026
0

Istanbul: Sebuah pesawat Air Canada berlanggar dengan sebuah trak bomba di landasan Lapangan Terbang LaGuardia, New York pada lewat malam...

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

18/03/2026
0

SUBANG JAYA, 17 Mac 2026 – Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas terjatuh dari jentera pengangkat jenis ‘skylift’...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd