• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

oleh Mohd Arshad
18/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan menyatakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mampu memberikan kesan fiskal yang lebih cepat berbanding pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, berkata perkara itu ditambah dengan laluan diberikan untuk pelaksanaan penyasaran subsidi pada tahun ini.

Menurutnya, disebabkan itu, kerajaan belum berhasrat untuk melaksanakan semula GST.

“Pelaksanaan GST akan dipertimbang apabila terdapat persekitaran ekonomi yang bersesuaian, terutama mengambil kira aspek kesan inflasi daripada rasionalisasi subsidi.

“Kerajaan akan terus mengutamakan untuk menambah baik sistem cukai sedia ada dan memperkenal percukaian yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan, sebelum menilai keperluan untuk memperkenal cukai kepenggunaan baharu seperti GST,” katanya sewaktu pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau) sama ada kerajaan berhasrat untuk memperkenal semula GST.

Mengulas lanjut, Hui Ying berkata, sebarang perubahan dasar kepada sistem percukaian berasaskan kepenggunaan seperti pelaksanaan semula GST akan diteliti.

“Ia untuk memastikan bersifat progresif, mudah ditadbir, tidak memberi impak negatif kepada kos sara hidup dan pertumbuhan ekonomi serta pada masa yang sama dapat menjana hasil yang mampan kepada kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu katanya, bagi tahun 2023, kutipan cukai menyumbang kira-kira RM229 bilion atau 72.8 peratus daripada hasil kerajaan sebanyak RM315 bilion.

“Pemberian subsidi, insentif dan bantuan kerajaan pula sekitar RM80 bilion atau 19.7 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM406 bilion.

“Ini jelas menunjukkan kedua-dua komponen ini mempunyai hubung kait yang signifikan dengan kedudukan fiskal negara.

“Oleh yang demikian, adalah wajar perubahan dasar fiskal Malaysia memberi tumpuan kepada kedua-dua ini terlebih dahulu bagi mengambil peluang akan kedudukan fiskal negara yang stabil pada masa ini,” katanya.

-Berita Harian

Tags: GST
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Waspada Penipuan Guna AI – PDRM

Next Post

Zaliha: Mesin Layan Diri Vape Tanpa Lesen Akan Dirampas

Related Posts

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Kerajaan Belum Sedia Laksana Semula GST

Kerajaan Belum Sedia Laksana Semula GST

16/07/2024
3

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum bercadang untuk melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kerana ia bersifat cukai kepenggunaan yang berasas...

Next Post
Zaliha: Mesin Layan Diri Vape Tanpa Lesen Akan Dirampas

Zaliha: Mesin Layan Diri Vape Tanpa Lesen Akan Dirampas

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd