• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rayuan Kes Dadah: Mamat Exist Berjaya Ketepi Hukuman Penjara

oleh Mohd Arshad
08/07/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Rayuan Kes Dadah: Mamat Exist Berjaya Ketepi Hukuman Penjara
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Vokalis Exists, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 47, yang sebelum ini berdepan pertuduhan mengambil dadah pada 2019, berjaya dalam rayuannya terhadap sabitan dan hukumannya di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mamat dijatuhi hukuman denda RM4,000 dan dua tahun pengawasan di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bentong dekat Pahang untuk rawatan dan pemulihan.

Bagi pertuduhan pertama, pelantun lagu ‘Untukmu Ibu’ itu membuat pengakuan bersalah dalam pertuduhan pindaan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 di hadapan Hakim Fatimah Zahari.

Mengikut pertuduhan, Mamat didakwa memberikan kepada diri sendiri dadah jenis Methamphetamine, kira-kira jam 2 pagi pada 9 September 2019 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara.

Mamat juga mempunyai kesalahan berulang mengambil dadah pada 2016 dan 2018.

Tuduhan sebelum ini dilakukan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, boleh dihukum di bawah Seksyen 39C (1) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Prosiding dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Bariah Jalil, manakala Mamat diwakili peguam bela, Azlina Abdul Aziz.

Mamat kemudian membayar denda yang dikenakan menerusi peguamnya.

Pada awal tahun ini, Mamat yang berdepan dua pertuduhan memiliki dan mengambil dadah pada 2019 mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Fatimah Zahari dan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin, sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya.

-Berita Harian

Tags: Hukuman Penjaramamat existRayuan Kes Dadah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Tular Pakai Baju T Logo PDRM Bukan Pegawai Polis

Next Post

PAS Ucap Terima Kasih Pada Pengundi Bukan Melayu Di Sg Bakap

Related Posts

Amang Seksual: Hukuman Penjara PU Azman Dikurangkan Kepada 12 Tahun

Amang Seksual: Hukuman Penjara PU Azman Dikurangkan Kepada 12 Tahun

19/05/2025
0

KLANG – Pendakwah selebriti, PU Azman bernasib baik, apabila dikenakan hukuman penjara 12 tahun berbanding 24 tahun yang dijatuhi Mahkamah...

Hukuman Penjara Lelaki Bunuh Anak Kekasih Kekal

Hukuman Penjara Lelaki Bunuh Anak Kekasih Kekal

06/02/2025
0

Putrajaya : Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 35 tahun dan 12 sebatan terhadap seorang bekas kontraktor kerana membunuh...

Next Post
PAS Ucap Terima Kasih Pada Pengundi Bukan Melayu Di Sg Bakap

PAS Ucap Terima Kasih Pada Pengundi Bukan Melayu Di Sg Bakap

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd