• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Premis ‘Ternak’ Aedes, Kompaun Dikeluarkan Cecah RM500,000

oleh AK-47
18/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Premis ‘Ternak’ Aedes, Kompaun Dikeluarkan Cecah RM500,000
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan mendedahkan 1,000 kompaun dengan nilai RM500,000 dikeluarkan kepada pemilik premis yang ‘menternak’ aedes di kawasan mereka.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, lebih membimbangkan apabila jumlah kes melibatkan demam denggi meningkat 7.2 peratus pada tahun ini.

“Dari Januari hingga 13 Julai lalu Kelantan sudah mencatatkan bilangan demam denggi sebanyak 1,188 kes berbanding tempoh yang sama tahun lepas sekitar 1,108 kes.

“Menurut laporan JKNK (Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan) satu kematian dicatatkan, walaupun angka itu kecil tetapi ia perlu dipandang serius,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, pihak JKNK telah menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan untuk semua kes wabak denggi yang dilaporkan bagi memutuskan rantaian jangkitan.

Ujarnya, ia melibatkan pemeriksaan terhadap 270,246 premis yang menjadi tempat pembiakan aedes.

Hilmi memberitahu, antara aktiviti kawalan vektor yang dijalankan ialah pemeriksaan premis, semburan kabus, penghapusan tempat pembiakan dan pendidikan kesihatan.

“Bagi premis yang didapati bersalah akan dikenakan kompaun di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 (Akta 154).

“Seluruh lapisan masyarakat perlu bersama-sama memikul tanggungjawab ini bagi membendung penyakit demam denggi daripada terus merebak dan mengancam kesihatan penduduk di Kelantan,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: Aedeskompaun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lembu Rayau Akan Disita, Pemilik Bakal Dikompaun RM2,000

Lembu Rayau Akan Disita, Pemilik Bakal Dikompaun RM2,000

09/04/2025
0

KOTA BHARU – Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas termasuk merampas ternakan dan mengenakan kompaun maksimum RM2,000 terhadap penternak yang...

Kompaun RM4.4 Juta Dikeluarkan Kepada 12 Syarikat Berkaitan GISBH – Armizan

Kompaun RM4.4 Juta Dikeluarkan Kepada 12 Syarikat Berkaitan GISBH – Armizan

26/09/2024
0

PETALING JAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengenakan kompaun berjumlah RM4.4 juta terhadap 12...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd