• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kesan Wanita Ganggu Pengguna Jalan Raya

oleh Mohd Arshad
19/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Polis Kesan Wanita Ganggu Pengguna Jalan Raya
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian seorang wanita yang mengganggu pengguna jalan raya seperti video tular di laman sosial baru-baru ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, semakan mendapati kejadian berkenaan berlaku di Jalan Penang, namun sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian terbabit.

“Kita ingin memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian berkenaan agar menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.”

“Polis ingin menasihati orang ramai agar berkelakuan sopan di tempat awam serta tidak mengganggu ketenteraman orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini tular video seorang wanita yang memakai baju belang dan berkaca mata hitam kelihatan mengganggu beberapa pengguna jalan raya di hadapan Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang dekat sini.

Video berdurasi 53 saat itu turut memaparkan aksi wanita berkenaan seolah-olah menari di tengah jalan raya sehingga mengganggu ketenteraman orang ramai.

SinarHarian-

Tags: ganggu jalan rayapolisWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

26/01/2026
0

Kuala Lumpur: Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan dibuat bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan berkait...

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pegawai Unit VAT 69 Komando, Inspektor Khairil Azhar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd