• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbicaraan Muhammad Sanusi Atas Pertuduhan Menghasut Bermula Esok

oleh Mohd Arshad
21/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
2
Perbicaraan Muhammad Sanusi Atas Pertuduhan Menghasut Bermula Esok
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Perbicaraan kes Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik, dijadualkan bermula di Mahkamah Tinggi Shah Alam, esok.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Semakan sistem mahkamah mendapati kes itu akan didengar Hakim Datuk Aslam Zainuddin pada jam 9 pagi.

Peguam Awang Armadajaya Awang Mahmud yang mewakili Muhammad Sanusi mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Pada 18 Julai 2023, Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri, Kedah itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang atas dua pertuduhan berkenaan dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 1 Februari lalu untuk dibicarakan.

Muhammad Sanusi juga telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk membatalkan dua pertuduhan dihadapinya, bagaimanapun representasi itu telah ditolak oleh AGC.

Selain esok, mahkamah sebelum ini menetapkan 23, 29 dan 30 Julai, serta 5, 6, 9, 12, 13 dan 23 Ogos ini untuk perbicaraan.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, Muhammad Sanusi didakwa menyebut perkataan menghasut di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara-Kampung Bendahara, Gombak dekat sini, pada jam 11 malam, 11 Julai 2023.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

-Harian Metro

Tags: menghasutMuhammad Sanusipertuduhan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

01/04/2026
0

KLANG -Tertuduh kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa di bawah...

Pertuduhan Ibu Bapa Zayn Rayyan Libatkan Pengabaian Bukan Penderaan – Peguam

Pertuduhan Ibu Bapa Zayn Rayyan Libatkan Pengabaian Bukan Penderaan – Peguam

13/06/2024
0

PETALING JAYA - Pertuduhan melibatkan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin adalah mengenai pengabaian dan bukannya penderaan yang menyebabkan kecederaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd