• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penerbangan Ditunda Lima Kali, Ka Siong Tegur Air Asia

oleh AK-47
21/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Penerbangan Ditunda Lima Kali, Ka Siong Tegur Air Asia
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menzahirkan rasa tidak kecewa terhadap perkhidmatan syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia yang didakwa menukar jadual penerbangannya dari Kota Kinabalu ke Sandakan, Sabah pada Sabtu sebanyak lima kali menyebabkan beliau terpaksa membeli tiket baharu untuk penerbangan pada Ahad.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurutnya, waktu penerbangan asal adalah pada jam 3.20 petang sebelum ditunda pada jam 5.55 petang pada hari sama.

“Sekitar 2 petang selepas saya daftar keluar dari Hotel Le Meridian KK, saya sekali lagi dimaklumkan oleh pihak Air Asia bahawa penerbangan saya terpaksa ditunda ke 2330HRS (11.30 malam) 20 Julai 2024.

“Pada jam 8.55 petang 20 Julai 2024, saya menerima mesej dari AirAsia bahawa penerbangan saya BKI-SDK akan ditunda ke 0210HRS (2.10 pagi) pada 21 Julai 2024.

“Akan tetapi, pada jam 10.15 malam, 20 Julai 2024, saya dimaklumkan oleh pihak AirAsia bahawa penerbangan saya akan diawalkan ke 0130HRS pada 21 Julai 2024. Saya pun tiba di KKIA pada sebelum jam 1 pagi pada 21 Julai 2024.

“Namun, saya betul-betul terkilan apabila staf AirAsia di kaunter mengesahkan bahawa penerbangan AK6498 telah dibatalkan dan segala maklumat mengenai penerbangan hanya akan diketahui dan dimaklumkan kepada semua penumpang pada 7 pagi, 21 Julai 2024,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Beliau menjelaskan, penumpang kemudiannya dimaklumkan penerbangan AK6498 hanya akan berlepas pada jam 1.45 petang Ahad menyebabkan beliau terpaksa mengambil penerbangan baharu pada 7.10 pagi untuk menghadiri program yang dijadualkan jam 10 pagi.

MAG sahkan jadual penerbangan Malaysia Airlines, Firefly hari ini tidak terjejas
“Saya terpaksa batalkan program saya di Sandakan yang dijadualkan pada 7 malam Sabtu.

“Kalau AirAsia dah nak batalkan penerbangan AK6498, awal-awal lagi patut maklumkan kepada penumpang dan jangan sekali memberi maklumat atau harapan palsu kepada penumpang berkali-kali,” katanya.

Beliau juga mendakwa, disebabkan insiden tersebut juga, ramai pelanggan penerbangan sama terkandas di lapangan terbang.

“Sekumpulan penumpang yang saya temui di Promenade Hotel marah dengan syarikat penerbangan tersebut yang tidak mengatur sebarang penginapan kepada penumpang terkandas selama dua hari sehingga Isnin depan.

“Air Asia sepatutnya bersikap lebih professional dalam pengurusan krisis sebegini,” katanya.

Pada Jumaat, berlaku gangguan teknologi maklumat (IT) global yang menjejaskan banyak syarikat penerbangan, perniagaan dan organisasi.

-Sinar Harian

Tags: air asiapenerbanganWee Ka Siong
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perbicaraan Muhammad Sanusi Atas Pertuduhan Menghasut Bermula Esok

Next Post

Pelajar Maut Nahas 3 Kenderaan Ketika Dalam Perjalanan Ke Sekolah

Related Posts

‘Kenyataan Tony Pua Umpama Lafaz Talak Tiga’ – Ka Siong

‘Kenyataan Tony Pua Umpama Lafaz Talak Tiga’ – Ka Siong

24/06/2023
0

SHAH ALAM - MCA meluahkan rasa kesal terhadap tindakan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang menggelar Barisan Nasional (BN)...

Wee Lepas Jawatan MCA Bahagian Selepas 30 Tahun

Wee Lepas Jawatan MCA Bahagian Selepas 30 Tahun

11/06/2023
0

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong melepaskan jawatannya dalam MCA Bahagian Johor Bahru, selepas berkhidmat lebih 30 tahun bagi memberi...

Next Post
Pelajar Maut Nahas 3 Kenderaan Ketika Dalam Perjalanan Ke Sekolah

Pelajar Maut Nahas 3 Kenderaan Ketika Dalam Perjalanan Ke Sekolah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd