• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Bas Persiaran Ditahan Positif Ganja Di Kedah

oleh Mohd Arshad
20/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pemandu Bas Persiaran Ditahan Positif Ganja Di Kedah
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR: Seorang pemandu bas persiaran ditahan selepas didapati positif dadah jenis ganja dalam operasi khas di Plaza Tol Hutan Kampung, arah utara, di sini, awal pagi tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Lelaki tempatan berusia 46 tahun dan berasal dari Pulau Pinang itu ditahan jam 4 pagi selepas menjalani ujian saringan air kencing oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Penahanan itu dilakukan dalam Ops Khas Bersepadu Kenderaan Pelancongan dan Perkhidmatan Awam 2024 selama dua hari bermula semalam yang disertai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, AADK Kedah serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Kedah.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata pemandu bas itu ditahan ketika dalam perjalanan dari arah Pulau Pinang menghala ke Thailand dengan membawa 42 penumpang.

“Bas persiaran itu bagaimanapun dibenarkan meneruskan perjalanan dengan bantuan pemandu bas kedua,” katanya pada sidang media di Plaza Tol Hutan Kampung, di sini hari ini.

Operasi khas berkenaan bertujuan memantau, mengesan dan mengambil tindakan tegas terhadap kenderaan pelancongan dan perkhidmatan awam termasuk pemandu atau pemilik kenderaan yang gagal mematuhi arahan ditetapkan mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333) serta Kaedah-Kaedah di bawahnya selain Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999 (Akta 594).

Stien berkata operasi itu memfokuskan kepada pemeriksaan bas ekspres dan bas persiaran serta kenderaan pelancongan yang sering mengabaikan peraturan dan membahayakan penumpang.

Katanya, sepanjang operasi itu, JPJ turut menjalankan pemeriksaan ke atas 1,116 kenderaan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 138 kenderaan dikenakan tindakan manakala 329 notis pelbagai kesalahan turut dikeluarkan atas kegagalan mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya yang ditetapkan,” katanya.

Stien berkata MOTAC turut melakukan pemeriksaan ke atas 72 kenderaan persiaran yang membabitkan 1,436 penumpang.

Katanya, enam notis dikeluarkan mengikut Akta Industri Pelancongan (AIP) 1992 [AKTA 482) iaitu tiga notis di bawah Peraturan 6 (1) (i) (iii) (tidak menggunakan perkhidmatan pemandu pelancong) dan tiga lagi notis di bawah Seksyen 20(1) (tidak menggunakan kenderaan pelancongan yang dilesenkan).

BHonline-

Tags: ganjaKedahPemandu Bas Persiaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Seorang MP Akan Didakwa Kes Usaha Sama Ternakan Lembu Milik Kerajaan Kedah

Seorang MP Akan Didakwa Kes Usaha Sama Ternakan Lembu Milik Kerajaan Kedah

05/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah petang semalam bagi tujuan pertuduhan selepas agensi itu...

2 Guru Di Kedah Tular ‘Grooming’, Cakap Lucah Dengan Pelajar Dikeluarkan Dari Institusi KPM

2 Guru Di Kedah Tular ‘Grooming’, Cakap Lucah Dengan Pelajar Dikeluarkan Dari Institusi KPM

04/12/2025
0

ALOR SETAR: Dua guru di daerah ini yang didakwa terbabit salah laku seksual terhadap pelajar sudah dikeluarkan daripada institusi pendidikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd