• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Dijangka Terima Lebih Banyak Pelaburan Pusat Data

oleh Mohd Arshad
05/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Malaysia Dijangka Terima Lebih Banyak Pelaburan Pusat Data
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Malaysia dijangka akan menerima lebih banyak pelaburan pusat data memandangkan kitarannya baru sahaja memasuki fasa awal, demikian menurut penganalisis.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Berita berkenaan urus niaga pusat data semakin rancak diumumkan, khususnya sepanjang dua bulan lalu.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia telah meluluskan pelaburan pusat data dan perkhidmatan awan bernilai RM114.7 bilion antara 2021 hingga 2023.

Sementara itu, Malaysia juga menyasar untuk menarik pelaburan sejumlah RM500 bilion dalam sektor semikonduktor.

Penganalisis RHB Investment Bank, Loong Kok Wen, berkata perkembangan itu memberikan prospek positif kepada

pemaju hartanah yang mempunyai pendedahan terhadap segmen perindustrian, simpanan tanah yang besar dan kunci kira-kira yang kukuh .

Beliau berkata, walaupun permintaan hartanah mungkin terus disokong oleh peningkatan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan infrastruktur, pelaburan oleh pusat data dan syarikat elektrik dan elektronik (E&E) boleh meningkatkan permintaan untuk pembangunan perindustrian dengan ketara.

Katanya, pengumuman terperinci mengenai Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) akan datang dan potensi projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi KL-Singapura dihidupkan semula juga boleh merangsang minat pelabur lebih jauh ke dalam saham hartanah berkaitan Johor.

“Gergasi teknologi global telah secara aktif mengumumkan pelaburan mereka di Asia Tenggara. Malaysia juga telah mendapat manfaat yang besar, sebahagian besarnya disebabkan lokasinya yang strategik iaitu terletak di sebelah Singapura, serta pembangunan infrastruktur yang menggalakkan.

“Sejak tiga bulan lalu, banyak pemaju telah mengumumkan pelupusan tanah mereka secara langsung atau tidak langsung kepada syarikat pusat data, serta pelaburan yang berkaitan dengan perniagaan pusat data. Kami berpendapat kitaran pelaburan pusat data hanya pada peringkat awal, dan kami menjangka lebih banyak lagi urus niaga tanah industri pada masa hadapan.

“Sesetengah pemaju, terutamanya yang mempunyai kunci kira-kira yang kukuh mungkin mula melihat kepada daya maju pelaburan hartanah berkaitan pusat data ini. Pemaju seperti Sime Darby Property Bhd dan Mah Sing Group Bhd boleh mengembangkan lagi pelaburan mereka pada masa hadapan,” katanya.

Kok Wen berkata, walaupun dari segi peluang penciptaan pekerjaan baharu berkemungkinan adalah kecil, RHB Investment Bank berpandangan kemasukan syarikat teknologi terkemuka ini ke Iskandar Malaysia, Elmina Business Park, Southville City dan Cyberjaya berkemungkinan akan mendorong penilaian semula harga tanah di kawasan sekitar.

“Lebih penting, mampu menarik teknologi lain atau industri sokongan teknologi (IT) ke taman perindustrian ini di masa depan. Menariknya, kami mengetahui bahawa harga hartanah kediaman di City of Elmina bertahan dengan baik,” katanya.

Baru-baru ini, SD Guthrie Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Sime Darby Plantation Bhd) turut mengumumkan rancangan untuk bekerjasama dengan Permodalan Nasional Bhd (PNB) untuk menyertai cadangan Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), inisiatif yang digerakkan oleh kerajaan Persekutuan dengan kerjasama kerajaan negeri Perak.

Pembangunan itu membabitkan 404 hektar tanah di Kerian, termasuk 267 hektar ladang solar.

Walaupun projek itu bertujuan untuk menarik semikonduktor dan pelaburan E&E, SD Guthrie juga sedang meneroka peluang untuk membangunkan pusat data.

Kerajaan telah bersetuju secara prinsip meluluskan peruntukan bagi projek pengagihan air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah untuk menyediakan bekalan air terawat ke utara Perak dan Pulau Pinang, yang dianggarkan bernilai RM4 bilion.

Perdana Menteri juga telah menyebut bahawa ia hendaklah membenarkan pusat data yang pakar dalam kecerdasan buatan (AI) sahaja.

-Berita Harian

Tags: pelaburanpusat data
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Didakwa Tipu Urusan Pelaburan Mata Wang Asing RM500,000

Wanita Didakwa Tipu Urusan Pelaburan Mata Wang Asing RM500,000

19/02/2025
0

Kuala Lumpur : Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang ahli...

Kerajaan Persekutuan Tidak Halang Pelaburan Masuk Ke Kedah

Kerajaan Persekutuan Tidak Halang Pelaburan Masuk Ke Kedah

13/07/2024
1

SUNGAI PETANI : Status Kedah sebagai negeri pembangkang tidak pernah menghalang Kerajaan Persekutuan memilihnya sebagai antara lokasi pelaburan utama, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd