• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kucing ‘Lantikan’ Perdana Menteri

oleh Mohd Arshad
07/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kucing ‘Lantikan’ Perdana Menteri
Share on FacebookShare on Twitter

London: Terdapat hanya satu benda dianggap utuh sepanjang kemelut politik di United Kingdom sejak 14 tahun lalu iaitu Larry si kucing Downing Street.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Sejajar pilihan raya umum pada 4 Julai lalu, kucing tua itu akan menyaksikan perdana menteri keenamnya sepanjang hayatnya setakat ini.

Ia sudah menyaksikan lima perdana menteri daripada Parti Konservatif berkhidmat di Downing Street. Kini, ia akan menyaksikan perdana menteri daripada Parti Buruh pula.

Pemimpin Parti Buruh, Keir Starmer, baru-baru ini memberitahu BBC bahawa keluarganya mempunyai kucing bernama Jojo.

Mereka juga mempunyai seekor hamster yang dinamakan sebagai Bear, katanya kepada akhbar Metro.

Persoalannya sama ada salah satu haiwan itu akan dibawa ke Downing Street bersama Starmer.

Menurut AFP, Larry sangat melindungi ‘kawasannya’ dan sering ‘berjuang’ untuk menjadi kucing teratas berbanding ‘rakan sejawatannya’ di Pejabat Luar dan Komanwel Britain iaitu kucing bernama Palmerston.

Saingannya itu akhirnya ‘bersara’ di kawasan luar bandar.

Larry membuat penampilan pertamanya di Downing Street pada 15 Februari 2011, dan sebelum itu pernah ditempatkan di pusat perlindungan haiwan Battersea di selatan London.

Ia ‘direkrut’ di bawah perdana menteri Britain ketika itu, David Cameron untuk menyingkirkan tikus dan juga diberi gelaran rasmi, ‘Mouser Chief’ (Ketua Penangkap Tikus).

Menariknya, untuk pilihan raya umum kali ini, Larry ‘menetapkan’ manifesto kempennya di akaun media sosial rasminya di X, @Number10cat.

“Saya tidak boleh mengundi dalam pilihan raya umum tetapi saya perlu hidup dengan sesiapa sahaja yang anda pilih. Tiada tekanan,” demikian menurut hantaran di akaun berkenaan selepas Perdana Menteri Rishi Sunak mengumumkan tarikh pilihan raya pada 22 Mei lalu.

“Apa pun keputusan pilihan raya, saya akan berada di sini untuk mengawasi,” menurut satu lagi hantaran di akaun media sosial rasminya itu.

‘Ditemu bual’ oleh AFP, melalui manusia yang mengendalikan akaun media sosialnya, Larry mendedahkan rahsia umur panjangnya.

“Perkara penting yang perlu diingat ialah saya tinggal di sini (Downing Street) secara tetap, ahli politik hanya tinggal sebentar dengan saya sehingga mereka dipecat,” katanya.

HarianMetro-

Tags: kucingLarry si kucingPerdana Menteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

16/11/2025
0

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki warga Nepal yang disyaki meliwat dan mencampak seekor kucing dari aras empat sebuah pangsapuri...

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

15/09/2025
0

ALOR SETAR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menolak kemungkinan beliau akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Perikatan Nasional (PN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd