• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Ugut Esha: Suspek Kedua Disambung Reman Dua Hari

oleh Mohd Arshad
14/07/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
2
Kes Ugut Esha: Suspek Kedua Disambung Reman Dua Hari
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Pemilik akaun TikTok yang ditahan bagi membantu siasatan kes ugutan dan ancaman terhadap pempengaruh media sosial, Rajeswary atau lebih dikenali Esha disambung reman dua hari.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, tempoh reman terhadap suspek berusia 44 tahun itu selama empat hari berakhir hari ini.

Bagaimanapun, katanya, polis memohon tambahan reman selama dua hari lagi yang akan bermula esok sehingga Selasa ini bagi melengkapkan siasatan.

“Polis akan merujuk kertas siasatan yang lengkap kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) esok.

“Sehingga kini, seramai 11 saksi sudah dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung ugutan dan ancaman terhadap Esha,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan pemilik akaun TikTok ditahan polis kerana disyaki terbabit kes ugutan dan ancaman terhadap Esha.

Ahmad Sukarno dilaporkan berkata, suspek kedua ditahan di kawasan Setapak, jam 6.30 petang, pada 10 Julai lalu.

Sebelum itu, suspek pertama membabitkan wanita berusia 35 tahun ditahan polis di Bukit Beruntung, Selangor, pada 8 Julai lalu.

Penahanan terbabit dibuat berikutan laporan berhubung dua akaun TikTok menggunakan nama ‘Dulal Brothers’ dan ‘Alphaquinnsha’ mengenai fitnah dan ugutan terhadap Rajeswary.

Kedua-dua akaun TikTok terbabit menggunakan gambar Rajeswary sebagai latar belakang kandungan video yang dimuat naik ke akaun masing-masing yang mengandungi ugutan dan ancaman kepada Esha selain turut menggunakan kata-kata kesat serta lucah.

-Harian Metro

Tags: Kes Ugut Eshareman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rex Tan Direman Sehari, Dijangka Bebas 5 Petang Ini – Peguam

Rex Tan Direman Sehari, Dijangka Bebas 5 Petang Ini – Peguam

17/01/2026
0

Kuala Lumpur: Bekas wartawan portal berita Free Malaysia Today (FMT) Rex Tan direman sehari selepas ditahan malam tadi bagi membantu...

Rex Tan Ditahan Reman Sehari Kerana Soalan Berbaur Perkauman

Rex Tan Ditahan Reman Sehari Kerana Soalan Berbaur Perkauman

17/01/2026
0

Kuala Lumpur: Bekas wartawan portal berita Free Malaysia Today (FMT) Rex Tan direman sehari selepas ditahan malam tadi bagi membantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd