• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Paras Air Sungai Trolak Tempat Pencarian Bukti Kes Surut Dan Jernih

oleh Mohd Arshad
21/07/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
1
Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Paras Air Sungai Trolak Tempat Pencarian Bukti Kes Surut Dan Jernih
Share on FacebookShare on Twitter

SLIM RIVER : Paras air bukan hanya surut malah semakin jernih di Sungai Trolak di Kampung Batu 4, pagi ini yang menjadi kawasan tumpuan operasi pencarian bahan bukti tambahan bagi kes pembunuhan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah pada Isnin lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ini berikutan ketiadan hujan yang berlaku di kawasan hulu sungai mahu pun di kawasan setempat sejak semalam.

Kelmarin, operasi terbabit ditangguhkan berikutan paras air sungai yang tidak menentu malah arus deras disebabkan hujan pada awal pagi terbabit dan semalam, sekali lagi operasi ditangguhkan selepas pemantauan IPD Muallim di Sungai Trolak mendapati keadaan sungai terbabit tidak mengizinkan untuk pasukan penyelam meneruskan pencarian.

Tinjauan kira-kira jam 9.30 pagi di lokasi berkenaan mendapati paras air sungai semakin surut sehingga ada sebahagian kawasan mulai ternampak dasar sungai.

Malah, cuaca pada pagi ini di kawasan berkenaan agak panas walaupun di kelilingi kawasan kebun getah dan dusun.

Kawasan berkenaan memang sunyi dan hanya sesekali dilalui oleh pemilik kebun dan dusun dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Di samping itu, beting pasir dan sisa-sisa kayu yang tersangkut pada beting sungai juga semakin jelas kelihatan berikutan air jernih dan surut.

Sebelum ini dilaporkan operasi pencarian baki bahan bukti kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu diteruskan di sebuah lagi lokasi kira-kira 20 minit dari Kampung Sri Keledang.

Beg tangan wanita dipercayai milik Nur Farah Kartini, 25, ditemui ketika operasi pencarian bahan bukti dilakukan.

Pada hari yang sama, polis turut mengesahkan pihaknya menemukan telefon pintar dipercayai milik mangsa yang dibuang di dalam parit di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang di sini.

Semalam, sebuah kebun ubi dekat Kampung Klan Halt dekat Slim River, menjadi tumpuan pasukan forensik dan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha mencari bahan bukti kes pembunuhan Nur Farah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus, berkata siasatan mendapati kebun ubi terbabit diusahakan suspek berusia 26 tahun secara sambilan.

Isnin lalu, mayat Nur Farah Kartini ditemukan di Ladang Kelapa Sawit Kampung Seri Keledang, Hulu Selangor kira-kira jam 6.00 petang.

Susulan itu, suspek lelaki berusia 26 tahun yang juga berkerja sebagai anggota polis ditahan pada hari yang sama.

-Berita Harian

Tags: BuktiKes Bunuh Nur Farah KartiniSungai Trolak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Protes Ragut 100 Nyawa: Perintah Berkurung Di Bangladesh, Tentera Dikerah

Next Post

Gas Bocor Di Kawasan Perindustrian Kerteh, Pekerja Cedera

Related Posts

Kes Bunuh Farah Kartini: Unit Skuba Teruskan Operasi Pencarian Bukti Di Sungai Trolak

Kes Bunuh Farah Kartini: Unit Skuba Teruskan Operasi Pencarian Bukti Di Sungai Trolak

20/07/2024
1

SLIM RIVER: Operasi pencarian bahan bukti tambahan bagi kes pembunuhan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah...

Unit Skuba Tiba Di Sungai Trolak, Cari Bukti Kes Pembunuhan Nur Farah Kartini

Unit Skuba Tiba Di Sungai Trolak, Cari Bukti Kes Pembunuhan Nur Farah Kartini

19/07/2024
0

Tanjung Malim : Sepasukan lima anggota Unit Skuba Forensik Bukit Aman dilihat tiba di Sungai Trolak Kampung Batu, di sini,...

Next Post
Gas Bocor Di Kawasan Perindustrian Kerteh, Pekerja Cedera

Gas Bocor Di Kawasan Perindustrian Kerteh, Pekerja Cedera

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd