• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Persekutuan Tidak Halang Pelaburan Masuk Ke Kedah

oleh Mohd Arshad
13/07/2024
dalam Politik, Utama & Sensasi
1
Kerajaan Persekutuan Tidak Halang Pelaburan Masuk Ke Kedah
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI : Status Kedah sebagai negeri pembangkang tidak pernah menghalang Kerajaan Persekutuan memilihnya sebagai antara lokasi pelaburan utama, di negara ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dan negeri penting dalam menarik minat pelabur.

“Saya ingin menegaskan bahawa MITI dan saya percaya di Kabinet bahawa kami tidak melihat negeri di bawah pembangkang seperti Kedah, sebagai penghalang kepada usaha menarik pelaburan.

“Kita mempunyai kerjasama baik dengan Kerajaan Negeri untuk memastikan semua rakyat Kedah mendapat manfaat daripada pertumbuhan ekonomi negara,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Merbok di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua UMNO Merbok, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin.

Pada masa sama, Tengku Zafrul memaklumkan kejayaan Taman Teknologi Tinggi Kulim (Kulim Hi-Tech) yang diuruskan Kulim Technology Park Sdn Bhd (KTPC) dalam meningkatkan pelaburan asing di negara ini.

Katanya, Kulim Hi-Tech berjaya menarik minat pelabur kerana kerajaan negeri mempermudahkan urusan pelaburan serta memberi kerjasama baik kepada pihak terbabit.

“Kami baharu mengadakan mesyuarat bersama pengurusan KHTP semalam, dan mereka membentangkan laporan yang baik. Bagi suku pertama tahun ini, Kedah menarik pelaburan lebih RM31 bilion, yang mana RM30.1 bilion masuk ke KHTP.

“Pelaburan ini dapat direalisasikan kerana pengurusan KHTP yang cemerlang dan hasilnya pelabur berminat melabur di negara ini,” katanya.

Berikutan itu, beliau berkata Kerajaan Persekutuan dan negeri perlu mempunyai hubungan baik dan melaksanakan setiap dasar pelaburan yang ditetapkan pada masa depan.

“Apabila saya tanya kepada pelabur mengapa mereka memilih Malaysia dan KHTP, salah satu sebab kerana mereka perlu kestabilan politik untuk memastikan bahawa kita mempunyai dasar yang betul.

“Dasar yang betul sukar dirangka jika politik tidak stabil. Oleh itu, kestabilan kerajaan penting dan pelabur juga percaya bahawa kerajaan semasa boleh mempercepatkan proses itu,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Kedahkerajaan persekutuanpelaburan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Seorang MP Akan Didakwa Kes Usaha Sama Ternakan Lembu Milik Kerajaan Kedah

Seorang MP Akan Didakwa Kes Usaha Sama Ternakan Lembu Milik Kerajaan Kedah

05/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah petang semalam bagi tujuan pertuduhan selepas agensi itu...

2 Guru Di Kedah Tular ‘Grooming’, Cakap Lucah Dengan Pelajar Dikeluarkan Dari Institusi KPM

2 Guru Di Kedah Tular ‘Grooming’, Cakap Lucah Dengan Pelajar Dikeluarkan Dari Institusi KPM

04/12/2025
0

ALOR SETAR: Dua guru di daerah ini yang didakwa terbabit salah laku seksual terhadap pelajar sudah dikeluarkan daripada institusi pendidikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd