• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenayah Komersial Catat RM1.2 Bilion Kerugian Setakat 7 Julai

oleh Mohd Arshad
13/07/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Jenayah Komersial Catat RM1.2 Bilion Kerugian Setakat 7 Julai
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Polis merekodkan jumlah kerugian membabitkan kes jenayah komersial mencatatkan peningkatan sebanyak 83 peratus iaitu RM1.2 bilion setakat 7 Julai lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, angka pada minggu ke 27 ini merekodkan nilai kerugian tertinggi berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

“Statistik mencatatkan angka kerugian bagi kes jenayah komersial telah mencecah RM1,207,620,852.73 bagi tahun 2024.

“Jumlah ini sekaligus merekodkan peningkatan ketara jika dibandingkan dengan RM660 juta yang direkodkan bagi tempoh sama tahun lalu,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, peningkatan ini susulan daripada jumlah kes yang telah mencatatkan kenaikan.

“Sebanyak 15,500 kes jenayah komersial telah direkodkan bersamaan dengan purata 65 kes sehari bagi tempoh sehingga 7 Julai pada tahun ini.

“Secara perbandingan, jumlah kes meningkat 34 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu yang mencatatkan sejumlah 11,546 kes,” katanya.

Ramli berkata, peningkatan ini cabaran yang menuntut komitmen tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya JSJK dalam memerangi jenayah berkenaan.

Katanya, sehingga kini, ia dapat ditangani dengan baik apabila sebanyak 5,559 kertas siasatan yang berjaya dituduh pada tahun ini.

“Kadar pertuduhan ini malahan lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu yang mencatatkan sejumlah 2,218 pertuduhan.

“Peningkatan kes jenayah komersial ini turut memerlukan kerjasama komitmen bersama dengan masyarakat khususnya dari aspek pencegahan,” katanya.

Tambah Ramli, PDRM menyeru pembabitan setiap lapisan masyarakat untuk sentiasa cakna dengan pelbagai taktik terkini jenayah berkenaan untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.

“Selain itu, masyarakat turut dituntut agar mengambil bahagian dalam pelbagai usaha pencegahan jenayah komersial yang sedang dijalankan,”katanya.

-Harian Metro

Tags: Jenayah Komersialkerugian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

45  Guru Jadi Mangsa Jenayah Komersial, Rugi RM1.2 Juta

45  Guru Jadi Mangsa Jenayah Komersial, Rugi RM1.2 Juta

29/08/2024
0

Kuantan : Sebanyak 45 kes jenayah komersial dengan nilai kerugian RM1.2 juta direkodkan membabitkan mangsa dalam kalangan guru di Pahang...

Sekumpulan Ahli Perniagaan Rugi RM10 Juta Kes Penipuan Pelaburan

Sekumpulan Ahli Perniagaan Rugi RM10 Juta Kes Penipuan Pelaburan

10/07/2023
0

KUALA LUMPUR: Sekumpulan ahli perniagaan mendakwa menjadi mangsa penipuan pelaburan sehingga menyebabkan kerugian hingga RM10 juta. Ikuti Mynewshub: Telegram Peguam mewakili...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd