• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Siber Global: Banyak Syarikat Penerbangan, Perkhidmatan Terminal Terjejas

oleh Mohd Arshad
19/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
3
Gangguan Siber Global: Banyak Syarikat Penerbangan, Perkhidmatan Terminal Terjejas
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Gangguan siber global telah menjejaskan operasi syarikat penerbangan dan perkhidmatan terminal, menyebabkan kelewatan dan gangguan di seluruh dunia.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Lapangan Terbang Sydney di Australia melalui akaun X @SydneyAirport melaporkan bahawa gangguan teknikal global telah menjejaskan beberapa operasi syarikat penerbangan dan perkhidmatan terminal.

Lapangan terbang itu menyatakan bahawa penerbangan kini sedang tiba dan berlepas, tetapi memberi amaran mengenai kemungkinan kelewatan sepanjang malam.

“Kami telah mengaktifkan pelan kontingensi kami dan menempatkan kakitangan tambahan di terminal kami.

“Jika anda melancong hari ini, pastikan anda mempunyai masa yang mencukupi untuk datang ke lapangan terbang dan semak dengan syarikat penerbangan anda mengenai status penerbangan anda,” katanya.

Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun X @Melair melaporkan bahawa mereka mengalami isu teknologi global yang menjejaskan prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

“Penumpang yang terbang dengan syarikat penerbangan ini pada petang ini dinasihatkan untuk membenarkan masa tambahan sedikit untuk daftar masuk. Sila semak dengan syarikat penerbangan anda untuk kemas kini penerbangan,” katanya.

Hantaran di platform X @Schiphol Lapangan Terbang Amsterdam melaporkan kegagalan sistem global yang menjejaskan penerbangan ke dan dari Schiphol.

“Impaknya kini sedang dinilai. Ada soalan mengenai penerbangan anda? Sila hubungi syarikat penerbangan anda,” kata lapangan terbang itu.

Lapangan Terbang Delhi di India melalui akaun X @DelhiAirport berkata beberapa perkhidmatan di lapangan terbang itu terjejas sementara akibat isu IT global.

“Kami sedang bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan untuk meminimumkan kesulitan kepada penumpang kami,” katanya.

Lapangan Terbang Gatwick London melalui akaun X @Gatwick_Airport melaporkan bahawa mereka terjejas oleh isu Microsoft global, menyebabkan kemungkinan kelewatan semasa prosedur daftar masuk dan keselamatan.

“Penumpang masih perlu tiba untuk waktu daftar masuk biasa mereka. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan sedang berusaha menyelesaikan isu ini secepat mungkin,” katanya.

Lapangan Terbang Berlin Brandenburg memberi ingatan kepada penumpang melalui platform X @berlinairport: “Maklumat untuk penumpang: Disebabkan oleh kerosakan teknikal, akan berlaku kelewatan dalam daftar masuk.”

Sementara itu, syarikat penerbangan tambang rendah Ryanair memberi amaran tentang “potensi gangguan di seluruh rangkaian” akibat gangguan sistem pihak ketiga global, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Di laman web syarikat penerbangan itu, ia menyatakan: “Potensi gangguan di seluruh rangkaian (Jumaat 19 Julai) akibat gangguan sistem pihak ketiga global.

“Penumpang yang terjejas akan dimaklumkan dan mana-mana penumpang yang melakukan perjalanan merentasi rangkaian pada Jumaat 19 Julai harus menyemak aplikasi Ryanair mereka untuk kemas kini terkini mengenai penerbangan mereka.

“Kami menasihatkan penumpang untuk tiba di lapangan terbang tiga jam lebih awal daripada penerbangan mereka untuk mengelakkan sebarang gangguan.

“Kami kesal atas sebarang kesulitan yang dihadapi penumpang oleh isu IT pihak ketiga ini, yang berada di luar kawalan Ryanair dan menjejaskan semua syarikat penerbangan yang beroperasi di seluruh rangkaian.”

BHonline-

Tags: gangguan sibersyarikat penerbangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan, Syarikat Penerbangan Bincang Tiket Murah Untuk Pelajar

Kerajaan, Syarikat Penerbangan Bincang Tiket Murah Untuk Pelajar

09/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan syarikat-syarikat penerbangan bagi menyediakan inisiatif kepada pelajar menikmati tambang kapal terbang lebih...

Mavcom Siasat Syarikat Penerbangan Ubah Jadual Sembarangan

11/05/2022
0

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) sedang menyiasat beberapa aduan mengenai syarikat penerbangan yang telah menggubah jadual penerbangan secara sembarangan tanpa penghantaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd