• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Guru Lelaki Direman Kes Amang Seksual Pelajar Perempuan Di Melaka

oleh Mohd Arshad
19/07/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Dua Guru Lelaki Direman Kes Amang Seksual Pelajar Perempuan Di Melaka
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA: Dua guru lelaki direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal ke atas dua pelajar perempuan di sekolah berasingan di negeri ini pada Mac dan minggu lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perintah reman terhadap suspek berusia 35 dan 46 tahun itu dikeluarkan Majistret Mazana Sinin sehingga 23 Julai ini bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Senior Asisten Komisioner Md Nazri Zawawi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kedua-dua kejadian pada 16 Julai lalu dan suspek ditahan ketika hadir di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) negeri petang semalam.

Mengulas lanjut, katanya dalam kes pertama mangsa, 16, mendakwa kejadian berlaku di bilik seni di sekolahnya di daerah Melaka Tengah pada 11 Mac lalu, kira-kira jam 2 petang.

“Sewaktu kejadian awal pengadu berada di bilik seni dan suspek dikatakan meluahkan perasaan cinta kepada mangsa sebelum melakukan amang seksual fizikal termasuk meraba tubuh mangsa.

“Bagaimanapun, pengadu membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati suspek mungkir janji untuk datang ke rumah untuk berkahwin dengannya,” katanya.

Dalam satu lagi kes, guru berusia 46 tahun didakwa memeluk pelajar perempuan berusia 16 tahun di bilik sakit sebuah sekolah menengah di sini, pada 11 Julai lalu.

Mangsa mendakwa kejadian berlaku ketika dia balik dari rawatan klinik panel sebelum suspek menyuruhnya berehat di bilik sakit dan mengunci pintu bilik.

“Suspek yang duduk di sebelahnya memberitahu mahu mengambil gambar sambil memeluk mangsa dan mengulangi perbuatan itu ketika pengadu baring di katil.

“Mangsa ketakutan memberi alasan mahu ke tandas sebelum bertemu rakan sekolah dan menceritakan kejadian,” katanya.

BHonline-

Tags: Guru LelakiKes Amang Seksual
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bicara Kes Amang Seksual Naim Daniel Bermula Hari Ini

Bicara Kes Amang Seksual Naim Daniel Bermula Hari Ini

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes penyanyi dan pelakon, Naim Daniel yang didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd