• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Negara Lulus RUU Berkait Insurans Dan Keselamatan Pekerja

oleh Mohd Arshad
22/07/2024
dalam Politik, Utama & Sensasi
1
Dewan Negara Lulus RUU Berkait Insurans Dan Keselamatan Pekerja
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Negara pada Isnin meluluskan dua Rang Undang-Undang (RUU) di bawah Kementerian Sumber Manusia (Kesuma), berkaitan sistem insurans pekerjaan dan keselamatan sosial pekerja yang bertujuan menambah baik hak serta kebajikan golongan pekerja di negara ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

RUU Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2024 dan RUU Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2024 itu, masing-masing diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.

Ketika menggulung perbahasan RUU Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2024, Steven berkata, RUU itu merupakan salah satu usaha kementeriannya ke arah memperkasakan jaringan dengan perlindungan sosial, institusi kekeluargaan dan memacu reformasi pasaran buruh negara.

Beliau berkata, pindaan itu melibatkan kenaikan had maksimum kebolehinsuranan amaun siling gaji pekerja daripada RM5,000 kepada RM6,000 sebulan.

“Peningkatan siling gaji ini akan menambah baik faedah perlindungan keselamatan sosial Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di bawah Akta 800, yang akan menjamin kesejahteraan sosial penerimaan faedah dengan manfaat sedia ada,” katanya.

Steven berkata, bagi gaji seorang pekerja melebihi RM5,000 dan RM6,000, setiap syer majikan dan pekerja untuk sebulan kadar caruman baharu adalah antara 20 sen sehingga RM2, bergantung kepada gaji serta diyakini bukanlah angka yang terlalu membebankan kerana kenaikan itu akan menambah lebih 20 peratus faedah dinikmati kepada 1.5 juta warga pekerja kelak.

“Sistem insurans pekerjaan ini adalah untuk memastikan jika malang tidak berbau seperti kehilangan pekerjaan akibat penutupan dan sebagainya, maka mereka ada satu jaringan keselamatan dan pindaan ini akan memastikan pekerja ini bukan sahaja menikmati jaringan keselamatan sosial, tapi juga mendapat tambahan lebih 20 peratus faedah,” katanya.

Bagi RUU Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2024 pula, Steven berkata, ia bertujuan untuk meminda Seksyen 5 serta Jadual Ketiga dan Keempat Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), yang perlu dilakukan mengambil kira isu semasa termasuk peningkatan kos sara hidup, yang menuntut faedah terhadap pekerja terutama yang bergaji RM5,000 ke atas juga harus ditingkatkan.

“Faedah yang diterima oleh mereka (pekerja bergaji lebih RM5,000) pada masa ini terhad kepada pengiraan setakat RM5,000 sahaja. Jadi untuk memberikan peningkatan ini (faedah) maka kita terpaksa naikkan caruman.

“Ada suara-suara dan pandangan dari Ahli Dewan ini tentang bebanan yang mungkin dirasai, sama ada majikan atau pekerja dalam aspek meningkatkan caruman, tetapi kita (kerajaan) ingin melakukannya secara berhemah dan saya rasa walaupun ada kenaikan caruman tetapi angkanya munasabah dan mampu dibiayai,” katanya.

Bernama-

Tags: Dewan NegaraInsuranskeselamatan pekerjaRUU
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelajar Maut Nahas 3 Kenderaan Ketika Dalam Perjalanan Ke Sekolah

Next Post

SC Beri Amaran Penipuan Pelaburan Deepfake

Related Posts

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

19/12/2024
0

Kuala Lumpur: Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama 12 hari bermula 2...

KKM Rancang Bentang RUU ‘Good Samaritan Law’ Lindungi Penyelamat Nyawa

KKM Rancang Bentang RUU ‘Good Samaritan Law’ Lindungi Penyelamat Nyawa

14/12/2024
0

GEORGETOWN: Kementerian Kesihatan (KKM) merancang memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) berkonsepkan 'Good Samaritan Law' bagi melindungi individu yang bertindak memberikan bantuan...

Next Post
SC Beri Amaran Penipuan Pelaburan Deepfake

SC Beri Amaran Penipuan Pelaburan Deepfake

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd