• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Data Pengguna Maybank2u Didakwa Digodam, Dijual Di Dark web

oleh Mohd Arshad
24/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Data Pengguna Maybank2u Didakwa Digodam, Dijual Di Dark web
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Ribuan data milik pengguna platform perbankan dalam talian, Maybank2u didakwa digodam sebelum dijual di laman web gelap atau ‘dark web’.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Difahamkan, semua data berkenaan ditawarkan dengan harga USD18,000 (RM84,159) di dalam sebuah forum di laman web berkenaan semalam.

Berdasarkan catatan forum berkenaan, antara data dan maklumat yang dibocorkan ialah maklumat log masuk, alamat, tarikh lahir, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan poskod.

Penggodam turut memaparkan sebahagian maklumat yang dibocorkan di laman web berkenaan.

Namun setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada data yang dibocorkan itu adalah data asli atau palsu.

Sebelum ini, pada 2022 pemilik akaun Facebook dengan nama ‘Pendakwah Teknologi’ mendakwa maklumat pengguna hampir 13 juta rakyat Malaysia daripada Maybank, Astro dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bocor.

Namun ia disahkan palsu oleh syarikat perbankan berkenaan dan tidak berlaku sebarang kebocoran data maklumat pelanggannya seperti yang didakwa pihak ketiga.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya akan menjalankan semakan berhubung dakwaan berkenaan.

“Kita tahu mereka (perbankan) sudah mengambil langkah ke arah pemantapan sistem mereka melalui kaedah baru seperti teknologi kecerdasan buatan (AI).

“Namun pihak perbankan perlu lebih berhati-hati dan sentiasa mengemaskini sistem keselamatan data mereka supaya tidak mudah digodam,” katanya.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan Malayan Banking Bhd (Maybank) memberi jaminan bahawa sistemnya kekal selamat dan semua maklumat pelanggan dilindungi sepenuhnya meskipun terdapat dakwaan pangkalan data Maybank2u diterbitkan di forum laman web gelap.

“Bagaimanapun, kami mengambil serius atas kebimbangan keselamatan ini dan terus memantau serta memastikan data kami dilindungi setiap masa,” katanya dalam platform rasmi media sosial X, hari ini.

Maybank, bank terbesar mengikut aset di negara ini berkata, transaksi dalam talian pelanggannya terus dilindungi, dengan pelbagai langkah membasmi penipuan dilaksanakan, termasuk penggunaan Secure2U bagi mengesahkan transaksi serta tempoh masa agak panjang membabitkan transaksi berisiko tinggi.

“Kami ingin mengingatkan pelanggan untuk terus berwaspada dan melindungi maklumat mereka.

“Sila pastikan ID Pengguna, kata laluan dan butiran peribadi anda selamat, dan berhati-hati terhadap perisian hasad, mesej WhatsApp, laman pancingan data dan panggilan telefon yang meminta bukti kelayakan anda,” katanya.

HarianMetro-

Tags: Data PenggunadigodamMaybank2u
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Telegram Yang Dipertua Dewan Negara Digodam

Telegram Yang Dipertua Dewan Negara Digodam

06/09/2023
0

Kuala Lumpur : Akaun Telegram milik Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar digodam oleh pihak tidak...

Laman Web Jabatan Imigresen Digodam Dalam Bentuk ‘Defacement’

Laman Web Jabatan Imigresen Digodam Dalam Bentuk ‘Defacement’

04/04/2023
0

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesahkan bahawa laman web rasmi mereka telah diserang penggodam dikenali ‘CaptainSmok3r’ awal pagi ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd