• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwa Rasuah: Chegubard Direman Dua Hari

oleh AK-47
29/07/2024
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Dakwa Rasuah: Chegubard Direman Dua Hari
Share on FacebookShare on Twitter

Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini membenarkan Badrul Hisham Shaharin diremah selama dua hari bagi membantu siasatan polis terhadap dakwaan rasuah membabitkan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali, yang dihubungi mengesahkan penahanan tersebut kepada Malaysiakini.

Katanya polis memohon agar mahkamah membenarkan aktivis politik terbabit diremah selama empat hari namun majistret hanya meluluskan reman selama dua hari.

“Jadi Chegubard (Badrul Hisham) akan ditahan reman sehingga esok, dan dia akan dibebaskan jika tiada permohonan reman lanjutan,” kata Rafique.

Menurut peguam itu lagi, Badrul Hisham disiasat mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dilaporkan Badrul Hisham – yang merupakan ahli jawatankuasa penerangan Bersatu – ditahan polis pada jam 3 petang semalam.

Menurut Rafique, polis telah menahan aktivis terbabit sejurus selepas dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya berhubung dakwaan rasuah.

Pada 22 Julai, Badrul Hisham menyiarkan dokumen sulit di Facebook dan ia didakwa diterimanya pada 15 Julai.

Dokumen itu dialamatkan kepada Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin, panglima Angkatan Tentera Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Ia didakwa ditandatangani oleh Panglima TLDM, Abdul Rahman Ayob dan mengandungi aduan mengenai calon “pilihan pihak tertentu” untuk menggantikan pegawai tertinggi tentera laut terbabit yang akan bersara tidak lama lagi.

Badrul Hisham mendakwa dokumen itu menunjukkan bagaimana individu terbabit terlibat dalam beberapa kes rasuah termasuk perjanjian perolehan bernilai RM45 juta.

Pada 24 Julai pula Badrul Hisham mendakwa dia telah menerima ugutan atas pendedahan berkenaan. Dia kemudian menyerahkan semua dokumen berkaitan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Mas Ermieyati Samsudin.

Pada 26 Julai lalu, Badrul Hisham berkata sekumpulan anggota polis mengunjungi kediamannya untuk meminta dia hadir di IPD Putrajaya.

-Malaysia Kini

Tags: Chegubardrasuahreman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Reman Semula Pendakwah, Ketua Jabatan Kewangan Disyaki Seleweng Dana RM1.3 Juta

SPRM Reman Semula Pendakwah, Ketua Jabatan Kewangan Disyaki Seleweng Dana RM1.3 Juta

06/02/2026
0

ALOR SETAR: Seorang pendakwah bebas sekali lagi direman bersama seorang Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan sebuah institusi pusat pendidikan dan...

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

02/02/2026
0

KUALA TERENGGANU – Seramai 33 penyokong Selangor FC dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Isnin bagi proses permohonan reman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd