• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

oleh Mohd Arshad
20/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
2
Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat penerbangan itu dilanda kegawatan akibat gangguan teknologi maklumat (IT) global sejak lewat petang semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Syarikat Penerbangan) AirAsia, Datuk Kapten Chester Voo berkata, syarikat penerbangan tambang rendah itu akan terus memantau keadaan.

Beliau menasihatkan penumpang tiba awal di lapangan terbang bagi mengelakkan kemungkinan kelewatan dan beratur panjang.

“Apa pun cabaran, kami sangat berdaya tahan kerana ia penting kepada kami bagi mengutamakan orang ramai, memandangkan mereka telah membayar untuk terbang, walaupun gangguan ini bersifat global dan bukan disebabkan oleh kami,” katanya.”

Sejak gangguan itu bermula, AirAsia telah berjaya menguruskan lebih 168,000 penumpang dalam 941 penerbangan merentasi tujuh Sijil Pengendali Udaranya ( AOC) termasuk AirAsia Malaysia, AirAsia Filipina, AirAsia Indonesia, AirAsia Thailand, AirAsia Kemboja dan AirAsia X, katanya.

Beliau berkata, ini merupakan kali pertama dalam beberapa tahun kebelakangan ini, syarikat penerbangan tersebut mengalami gangguan sistem pada magnitud sedemikian, yang memerlukan pertukaran mod kepada kertas.

“Dengan semua kepakaran yang kami ada dan data sandaran, kami bekerja tanpa jemu untuk mencari penumpang sewajarnya. Dalam mod manual, setiap proses perlu disahkan kerana segala-galanya dikawal selia dalam industri penerbangan.

“Kami perlu melalui proses keselamatan, kawal selia serta pematuhan secara manual, yang bermaksud orang ramai terpaksa beratur panjang untuk disahkan satu demi satu dan ini sangat merimaskan,” jelasnya.

Syarikat penerbangan itu telah mengukuhkan operasinya bagi menguruskan kesibukan hujung minggu di lapangan terbang dengan menempatkan lebih 200 kakitangan darat, hampir 100 sukarelawan Allstars dan anggota keselamatan untuk membantu menangani keadaan.

Chester juga menyatakan harapan agar prestasi tepat masa (OTP) akan kembali normal dengan penyambungan semula sistem daftar masuk dalam talian.

“Kami mempunyai kira-kira 88 peratus OTP, tetapi dengan kekacauan global ini, ia beransur-ansur menurun. Kami berharap dapat kembali normal tidak lama lagi,” katanya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua penumpang atas kesabaran dan kepercayaan mereka terhadap AirAsia semasa gangguan global ini sehingga menyebabkan pengurusan terpaksa dilakukan dalam mod manual penuh.

“Kami juga ingin mengalungkan penghargaan kepada Kementerian Pengangkutan, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia, Malaysia Airports Holdings Bhd termasuk semua kementerian serta agensi berkaitan atas sokongan dan bantuan mereka semasa krisis,” tambahnya.

Semalam, institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, saluran media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas oleh gangguan IT global.

Kegagalan itu dikaitkan dengan kesilapan firma keselamatan siber global CrowdStrike Holdings Inc, sebuah syarikat teknologi keselamatan siber Amerika yang berpangkalan di Austin, Texas, yang menyediakan perlindungan titik akhir, perisikan ancaman dan perkhidmatan tindak balas serangan siber.

Bernama-

Tags: AirAsia
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

07/08/2023
0

Pasti ramai antara kita yang pernah mengimpikan untuk suatu hari melancong ke        New Zealand, negara yang memiliki...

AirAsia Terbang Semula Ke Tujuh Destinasi Di China

AirAsia Terbang Semula Ke Tujuh Destinasi Di China

13/02/2023
0

KUALA LUMPUR: AirAsia bakal melancarkan semula tujuh destinasi antarabangsa di China iaitu Macao, Shenzhen, Guangzhou, Kunming, Shanghai, Hangzhou dan Chengdu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd