• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Anggota Tentera Cedera, Helikopter Mendarat Cemas

oleh AK-47
28/06/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tiga Anggota Tentera Cedera, Helikopter Mendarat Cemas
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Seorang pegawai dan dua anggota Tentera Darat Malaysia (ATM) mengalami patah tulang belakang selain luka-luka di bahagian anggota badan serta kecederaan yang belum dikenal pasti semasa melakukan latihan penerbangan malam di Kem Mahkota Kluang dekat sini pada awal pagi Jumaat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perhubungan Raya Tentera Darat (PRTD) dalam satu kenyataan memberitahu, tiga anggota berkenaan yang merupakan jurulatih helikopter, penuntut kursus dan krew kuatermasters melakukan pendaratan kecemasan di kem terbabit.

“TDM mengesahkan sebuah pesawat A109 LOH telah melakukan pendaratan kecemasan di mana kejadian berlaku semasa sesi Latihan Penerbangan Malam, Army Aviation Basic Official Course di Landasan Terbang Kluang, Rejimen 881 Pasukan Udara Tentera Diraja (Rej 881 PUTD), Kem Mahkota Kluang pada jam 1.35 pagi tadi 28 Jun 2024.

“Kesemua anak kapal berada dalam keadaan stabil dan dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom untuk menerima rawatan,” kenyataan itu pada Jumaat.

Dalam pada itu, PRTD berkata, susulan kejadian itu pihak TDM menghentikan penerbangan sementara helikopter berkenaan dan pemeriksaan akan dilakukan untuk mengendalikan status pesawat itu dengan segera.

“Pada masa sama, satu lembaga siasatan akan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“TSM juga memohon orang ramai agar tidak membuat spekulasi dan mendoakan semua anak kapal diberikan kesembuhan,” tambah itu.

-Sinar Harian

Tags: Anggota TenterahelikopterMendarat Cemas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Agaknya Selepas Ini Saya Patut Lantik Sarjan Jadi PAT”

“Agaknya Selepas Ini Saya Patut Lantik Sarjan Jadi PAT”

19/01/2026
0

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ketegasan untuk membanteras rasuah secara menyeluruh, sambil menyatakan kekecewaan terhadap kes...

Treler Muat Helikopter Punca Kesesakan Teruk Di Subang Jaya

Treler Muat Helikopter Punca Kesesakan Teruk Di Subang Jaya

13/12/2025
0

SUBANG JAYA, 13 Disember — Sebuah lori treler panjang yang membawa muatan helikopter telah mencetuskan kesesakan lalu lintas serius selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd