• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Dun Sungai Bakap: MCA Sedia Bantu Kempen

oleh Mohd Arshad
08/06/2024
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRK Dun Sungai Bakap: MCA Sedia Bantu Kempen
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru : MCA tidak menolak untuk membantu kempen calon Kerajaan Perpaduan yang akan diturunkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Bakap, 6 Julai nanti.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, ia berikutan MCA diperlukan Barisan Nasional (BN) bagi membantu kempen calon PRK Dun Sungai Bakap itu.

“Saya rasa penting (bantu kempen PRK Dun Sungai Bakap) kerana senario agak berlainan (dengan PRK Dun Kuala Kubu Bahru).

“Saya difahamkan BN sudah buat perbincangan untuk membantu (calon Kerajaan Perpaduan).

“Oleh itu, sudah ada permintaan (untuk MCA bantu kempen) mungkin kita boleh bantu jadi kita lihat susunan kerja (untuk berkempen),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen BN Johor, di sini, hari ini

Hadir sama, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Pengerusi BN Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Timbalan Pengerusi BN Johor Datuk Seri Ahmad Maslan dan Pengerusi MIC Johor R Vidyananthan.

Sebelum ini, Jawatankuasa Pembangunan Politik MCA dilaporkan memutuskan untuk tidak terbabit dalam sebarang aktiviti kempen PRK Dun Kuala Kubu Baharu, sekiranya calon dikemukakan bukan daripada BN.

Kelmarin, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilaporkan menetapkan hari pengundian bagi PRK Dun Sungai Bakap pada 6 Julai ini, dengan tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 22 Jun dan 2 Julai.

Kerajaan Perpaduan dijangka menurunkan calon dari PKR manakala Perikatan Nasional (PN) dilaporkan akan menurunkan calon Pas dalam PRK berkenaan.

-Harian Metro

Tags: kempenMCAPRK Dun Sungai Bakap
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Adakah Hanya Golongan Kaya Guna Lebih 200 Liter? – MCA

Adakah Hanya Golongan Kaya Guna Lebih 200 Liter? – MCA

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - MCA mempersoalkan bagaimana kerajaan menentukan bahawa 10 peratus rakyat Malaysia yang menggunakan minyak RON95 lebih daripada 200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd