• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Langgar Mati 6 Ekor Lembu Serentak

oleh Mohd Arshad
22/06/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Langgar Mati 6 Ekor Lembu Serentak
Share on FacebookShare on Twitter

Alor Gajah : Pemandu syarikat pengangkutan berdepan detik cemas apabila treler dipandu merempuh mati enam ekor lembu serentak di Jalan Cherana Putih, di sini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi tadi, pemandu terbabit, Abdul Mutalib Mazlan,33, sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Bukit Tampin, Tampin, Negeri Sembilan selepas menghantar muatan kayu palet di Pelabuhan Klang, Selangor.

Abdul Mutalib berkata, kejadian berlaku apabila sekumpulan lembu melintas ke tengah jalan dari kawasan semak secara mendadak.

“Saya terkejut dan hanya mampu mengucap panjang sambil menekan brek.

“Disebabkan jaraknya yang terlalu dekat, saya tidak sempat mengelak dari melanggar kawanan lembu itu. Mujur saya tidak cedera dan treler tidak terbalik,” katanya dihubungi Harian Metro.

Abdul Mutalib berkata, dia bersyukur terselamat daripada sebarang kecederaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah mengesahkan pihaknya menerima laporan kemalangan itu dan sudah merakam percakapan pemandu terbabit.

Katanya, pemandu treler hadir di Balai Polis Trafik Alor Gajah pada jam 9.12 pagi tadi dan siasatan mendapati terdapat enam ekor lembu mati di atas jalan.

“Pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) Alor Gajah hadir membantu operasi mengalihkan bangkai enam lembu di lokasi kemalangan.

“Polis meminta mana-mana saksi bebas tampil memberi keterangan berhubung kejadian dan kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959,” katanya.

-Harian Metro

Tags: kes langgarLembu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sorok Dadah Dalam Rahim Lembu Betina Untuk Lolos Sempadan Malaysia-Thailand

Sorok Dadah Dalam Rahim Lembu Betina Untuk Lolos Sempadan Malaysia-Thailand

21/07/2025
0

RANTAU PANJANG: Sindiket pengedaran dadah yang beroperasi di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand kini menggunakan taktik semakin licik termasuk menyeludup dadah menggunakan...

Lembu Korban Jatuh Perigi

Lembu Korban Jatuh Perigi

08/06/2025
0

KOTA BHARU: Seekor lembu tidak sempat disembelih untuk ibadah korban pagi semalam, selepas mati akibat terjatuh dalam perigi di Kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd