• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Kenapa Buat Anak Aku Macam Tu?’

oleh Mohd Arshad
21/06/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Kenapa Buat Anak Aku Macam Tu?’
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH: ‘Kenapa buat anak aku macam tu?’ luah ibu kandung kepada budak perempuan yang mati akibat didera ibu angkatnya, minggu lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ungkapan itu diluahkan Siti Nurhidayatul Akmar Mohd Zamry, 28, ketika mengikuti prosiding pendakwaan dalam Mahkamah Majistret di sini hari ini, ketika tertuduh bagi kes itu dibawa keluar dari kamar mahkamah.

Terdahulu, tertuduh, Wan Fatimah Zahra Wan Abdullah, 28, mengangguk tanda memahami pertuduhan membunuh kanak-kanak itu yang dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret, S Punitha.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa perbicaraan Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Wan Fatimah Zahra didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Iman Adelia Yusullah, 5, di sebuah rumah di Jalan Kledang Raya 23, Taman Malcop, Silibin, di sini antara tempoh 5 Jun hingga 10 Jun 2024.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau dipenjarakan di antara 30 hingga 40 tahun dan minimum 12 kali sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Vatchira Wong Rui Fern, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkan 28 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia.

Sementara itu, suasana hiba menyelubungi luar kamar mahkamah selepas prosiding itu apabila beberapa lagi waris mangsa termasuk nenek mangsa, Zanuriyah Mohd Madzlan, 65, kelihatan bersedih

Siti Nur Hidayatul Akmar ketika ditemui pemberita di luar kamar mahkamah selepas prosiding pendakwaan itu, mendakwa dia dan tertuduh sebelum ini berkawan baik sejak zaman persekolahan.

Katanya, mangsa adalah anak ketiganya dari empat beradik yang mana jagaannya diserahkan kepada Wan Fatimah Zahra sejak April lalu atas alasan kawan baiknya itu sudah lama berkahwin namun belum dikurniakan anak.

“Saya menyesal bagi anak itu dibelanya (oleh tertuduh). Dua ke tiga hari sebelum meninggal (hari kejadian), memang dia (tertuduh) ada kata nak hantar balik kepada saya, tetapi akhirnya yang saya dapat anak saya dalam keadaan sudah tak bernyawa,” katanya.

Sebelum ini, akhbar ini melaporkan polis menahan sepasang suami isteri pada 10 Jun lalu bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun yang merupakan anak angkat mereka yang mati dipercayai kerana didera di Taman Malcop, Silibin.

BHonline-

Tags: budak perempuanDeraibu angkatmaut
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tumpahan Minyak Dari Singapura, Cemari Satu Kilometer Pantai Di Johor

Next Post

Azam Baki Hentikan Saman RM10 Juta Terhadap Lalitha

Related Posts

Warga Emas Maut Terkena Libasan Pokok Getah

Warga Emas Maut Terkena Libasan Pokok Getah

02/07/2025
0

PENGKALAN HULU - Seorang warga emas maut selepas ditimpa pokok yang ditebang di kebunnya di Kampung Klian Intan di sini pada...

Identiti 3 Termasuk Kanak-Kanak Maut Terbalik Di Pulau Perhentian Dikenal Pasti

Identiti 3 Termasuk Kanak-Kanak Maut Terbalik Di Pulau Perhentian Dikenal Pasti

29/06/2025
0

Jertih: Tiga termasuk dua kanak-kanak perempuan berusia 10 dan tiga tahun maut dalam kejadian bot terbalik di Pulau Perhentian malam...

Next Post
Azam Baki Hentikan Saman RM10 Juta Terhadap Lalitha

Azam Baki Hentikan Saman RM10 Juta Terhadap Lalitha

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd