• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Rekod 105 Kes Kencing Tikus, Satu Kematian

oleh Mohd Arshad
21/06/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kes Curi Wang RM24.2 Juta: Pemegang Akaun Terjejas Perlu Dapat Bayaran Balik Segera – BNM
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR: Kedah merekodkan sejumlah 105 kes jangkitan leptospirosis atau kencing tikus sehingga Minggu Epidemiologi ke-23 iaitu antara tempoh Januari hingga 8 Jun lalu, termasuk satu kematian.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Ismuni Bohari berkata jumlah kes daftar itu menunjukkan peningkatan 18 peratus berbanding direkodkan pada tempoh sama tahun lalu, dengan 89 kes.

Mengulas lanjut, katanya daripada 105 kes daftar tahun ini, 32 disahkan dengan ujian Microscopic Agglutination Test (MAT), manakala 16 lagi masih menunggu keputusan makmal.

“Susulan jangkitan kes kencing tikus di Taman Eko Rimba Lata Bayu, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Baling telah menjalankan siasatan dan penilaian risiko di pusat rekreasi itu di mana sampel air dan tanah dihantar ke Makmal Kesihatan Awam (MKA) Ipoh.

“Sebagai langkah kawalan, Taman Eko Rimba Lata Bayu ditutup oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah bermula 17 Jun lalu, sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Nasihat kesihatan juga diberikan kepada semua pengunjung Taman Eko Rimba Lata Bayu,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Sebelum ini media melaporkan dua pengunjung yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di negeri ini disyaki dijangkiti penyakit kencing tikus selepas berkunjung ke Taman Eko Rimba Lata Bayu.

Dr Ismuni berkata, pihaknya akan terus memantau perkembangan terkini leptospirosis serta meningkatkan kesiapsiagaan dalam melaksanakan tindakan pencegahan.

Orang ramai juga dinasihat sentiasa menjaga kebersihan semasa mengunjungi pusat rekreasi dan sekiranya bergejala, perlu segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran.

BHonline-

Tags: KedahKencing tikus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Seorang MP Akan Didakwa Kes Usaha Sama Ternakan Lembu Milik Kerajaan Kedah

Seorang MP Akan Didakwa Kes Usaha Sama Ternakan Lembu Milik Kerajaan Kedah

05/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah petang semalam bagi tujuan pertuduhan selepas agensi itu...

2 Guru Di Kedah Tular ‘Grooming’, Cakap Lucah Dengan Pelajar Dikeluarkan Dari Institusi KPM

2 Guru Di Kedah Tular ‘Grooming’, Cakap Lucah Dengan Pelajar Dikeluarkan Dari Institusi KPM

04/12/2025
0

ALOR SETAR: Dua guru di daerah ini yang didakwa terbabit salah laku seksual terhadap pelajar sudah dikeluarkan daripada institusi pendidikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd