• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

EMC Dari Taiwan Labur RM900 Juta Di Pulau Pinang

oleh Mohd Arshad
20/06/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
EMC Dari Taiwan Labur RM900 Juta Di Pulau Pinang
Share on FacebookShare on Twitter

SYARIKAT pembuatan dari Taiwan, Elite Material Co Ltd (EMC) telah memulakan operasinya di Penang Science Park-North (PSPN) dengan pelaburan lebih RM900 juta.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

EMC adalah syarikat yang mengusahakan pembuatan laminat bersalut kuprum (CCL).

Dengan permulaan operasinya di negeri, ia merupakan kilang pembuatan EMC pertama dibuka di Asia Tenggara bertujuan meningkatkan daya tahan perniagaan bagi jangka panjang.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif EMC, Albert Dong berkata, pelaburan besar itu dilihat akan mengubah industri papan litar bercetak (PCB) di Malaysia.

Menurutnya, pelaburan strategik itu mencerminkan komitmen EMC terhadap keperluan pelanggan.

“Kita menjangkakan perolehan hasil daripada operasi kilang ini adalah RM150 juta (maksimum) sebulan setelah fasa kedua siap. Tapak pengeluaran ini akan merangkumi kira-kira 5.66 hektar tanah perindustrian.

“Pembinaan akan dijalankan dalam dua fasa iaitu fasa pertama akan menghasilkan kapasiti bulanan sebanyak 600,000 helai laminat.

“Sementara fasa kedua, kapasiti hasil akan bertambah sebanyak 150,000 helai, menjadikan jumlah keseluruhan adalah 750,000,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Ketua Menteri pada Khamis.

Tambah Albert, pembinaan kilang ini dijangka siap pada suku pertama tahun 2025 dengan pengeluaran secara besar-besaran dijadualkan bermula pada suku kedua tahun sama.

“EMC menjangkakan kapasiti substratnya di Pulau Pinang akan siap seawal 2026. Perkembangan dalam pasaran substrat IC ini sejajar dengan ekosistem semikonduktor Malaysia, yang terkenal dengan daya saingnya serta dikenali sebagai Lembah Silikon Timur.

“Dengan hasil tahunan sebanyak RM7.5 bilion, EMC secara rasmi telah memasuki pasaran substrat IC pada 2020 dan memulakan pengeluaran besar-besaran pada 2021,” katanya.

Kon Yeow berkata, pelaburan EMC di Pulau Pinang mengukuhkan kedudukan negeri itu sebagai hab ekonomi berimpak tinggi di peringkat nasional dan serantau.

“Ini adalah satu peristiwa penting dalam perjalanan transformasi industri Pulau Pinang dan bukti bagaimana pelaburan strategik utama diterjemahkan kepada limpahan teknologi dan ekonomi,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: EMCPulau Pinangtaiwan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

13/11/2025
0

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak gentar biarpun terpaksa berdepan laluan...

Pengarah Jabatan Disyaki Salah Guna Kuasa Ditahan SPRM

Pengarah Jabatan Disyaki Salah Guna Kuasa Ditahan SPRM

26/08/2025
0

GEORGE TOWN- Seorang pengarah jabatan kerajaan di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang kerana disyaki menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd