• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Lelaki Ditahan Bertumbuk Di Kedai Runcit

oleh AK-47
07/06/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Dua Lelaki Ditahan Bertumbuk Di Kedai Runcit
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Dua lelaki warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan di sebuah kedai runcit di Seberang Jaya di sini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, kedua-dua suspek berusia 30 dan 40-an itu ditahan antara jam 2.30 petang hingga 11 malam, Khamis.

“Kedua-dua suspek ditahan di sekitar Bukit Mertajam untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Jelas beliau, salah seorang daripada suspek mengalami sedikit kecederaan di bahagian muka manakala seorang lagi tidak mengalami kecederaan.

Mengulas mengenai kejadian tersebut, Helmi berkata, hasil siasatan polis mendapati, kejadian berlaku pada jam 11.50 malam, 3 Jun lalu.

“Kejadian berlaku di sebuah kedai runcit di Seberang Jaya. Ketika kejadian, seorang jurujual kedai runcit tersebut didatangi dua pelanggan lelaki.

“Salah seorang pelanggan tersebut telah meminta jurujual kedai itu mengambil minuman keras untuknya. Perkara itu telah mencetuskan perselisihan faham lalu berlaku kejadian tumbuk menumbuk,” katanya.

Tambah beliau lagi, kejadian itu berlarutan dan salah seorang daripada suspek telah memukul belakang kepala jurujual menggunakan topi keledar ketika berada di luar premis berkenaan.

Sebelum ini, tular video di media sosial mengenai pergaduhan melibatkan dua individu di sebuah kedai runcit di Seberang Jaya.

Menerusi video berkenaan, kedua-dua lelaki berkenaan didapati saling membuat provokasi selain mengajak untuk bertumbuk ‘one by one’ sambil diperhatikan oleh pelanggan lain.

Pergaduhan itu akhirnya berjaya dileraikan oleh salah seorang pelanggan yang turut berada ketika kejadian berlaku.

-Sinar Harian

Tags: kes gaduhTahan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lelaki Ditahan Lakukan Perbuatan Tidak Senonoh Dalam Kereta

Dua Lelaki Ditahan Lakukan Perbuatan Tidak Senonoh Dalam Kereta

02/02/2026
0

Kuala Lumpur: Dua lelaki ditahan selepas dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh dalam kereta di tempat awam di Jalan Taman Intan...

Empat Individu Termasuk Seorang Wanita Ditahan Bersama Dadah

Empat Individu Termasuk Seorang Wanita Ditahan Bersama Dadah

06/12/2025
0

Kulai: Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita bersama rampasan dadah di Taman Sungai Mas di sini, kelmarin. Ketua Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd