• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BERSATU Akan Hantar Notis Kekosongan Kerusi Parlimen Kepada Speaker

oleh Mohd Arshad
03/06/2024
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
BERSATU Akan Hantar Notis Kekosongan Kerusi Parlimen Kepada Speaker
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Terengganu : BERSATU akan menghantar notis kekosongan kerusi Parlimen kepada Speaker Dewan Rakyat, selepas keahlian enam ahli Parlimennya digugurkan secara automatik, akhir bulan lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris berkata, notis kekosongan kerusi enam parlimen itu akan dihantar Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dalam tempoh terdekat.

Katanya, kerusi Parlimen itu kosong selepas enam ahli Parlimen daripada BERSATU menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Notis kekosongan kerusi kepada Johari akan dihantar selepas enam ahli Parlimen berkenaan gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti dalam tempoh 14 hari seperti ditetapkan.

“Notis kekosongan kerusi Parlimen itu bertepatan dengan pindaan ke atas Fasal 10, Perlembagaan BERSATU yang diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Enam ahli Parlimen BERSATU yang menyokong Anwar adalah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

Mengulas lanjut, Razali yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU negeri berkata, notis kekosongan kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) Selat Klang juga akan dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Undangan negeri (DUN) Selangor, Lau Weng San.

Katanya, kerusi itu kosong selepas Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN), Datuk Abdul Rashid Asari menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari, serta gagal menjawab surat taat setia kepada parti dalam tempoh ditetapkan.

“Mengikut perlembagaan Speaker dan Yang Dipertua DUN tidak boleh menolak notis kekosongan kerusi selain tidak berhak menyiasat terutamanya menentukan keahlian wakil rakyat dilucutkan kerana itu urusan parti terbabit,” katanya.

Mengulas mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) enam kerusi dan DUN yang kosong, Razali berkata, speaker dan Yang Dipertua DUN akan memanjangkan kekosongan kerusi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan pilihan raya semula diadakan.

“Kita serahkan tanggungjawab itu kepada Speaker dan Yang Dipertua DUN untuk memaklumkan kekosongan kerusi bagi membolehkan PRK diadakan,” katanya.

-Harian Metro

Tags: BERSATUkerusi parlimenSpeaker
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd