• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aliff Aziz, Bella Astillah Cerai Talak Satu

oleh Mohd Arshad
13/06/2024
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Aliff Aziz, Bella Astillah Cerai Talak Satu
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Pasangan selebriti kontroversi, Aliff Aziz, 33, dan Bella Astillah, 30, sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini, hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Aliff melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat, kira-kira jam 1.10 tengah hari. Lafaz itu kemudian disahkan mengikut hukum syarak oleh Wan Mohd Najib.

“Bahawa saya menceraikan isteri saya dengan talak satu mulai hari ini,” lafaz Aliff.

Bella yang tampak tenang ketika lafaz diucapkan, bersetuju tidak menuntut mutaah dan nafkah iddah.

Sebelum ini, Aliff dan Bella pernah bercerai talak satu pada 16 Mei 2019, namun, rujuk semula.

Pada prosiding itu, peguam syarie mewakili Bella, Azmi Mohd Rais berkata, perbincangan dibuat antara kedua-dua pihak termasuk terma yang dipersetujui.

“Dalam perjanjian itu, ada terma di mana defendan hadir melafazkan cerai dan plaintif melepaskan hak mutaah dan nafkah iddah serta kedua-dua pihak tidak akan menuntut harta sepencarian.

“Aliff lepaskan hak penjagaan anak-anak kepada Bella sepenuhnya. Aiff juga tidak akan menuntut nusyuz sekiranya ada dan perjanjian itu ditandatangani hari ini,” katanya.

Peguam mewakili Aliff, Hadi Salleh mengiyakan semua terma dan mengakui anak guamnya setuju melafazkan cerai.

Bella memfailkan perceraian daripada suami, Aliff pada 11 Mac lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini.

Sejak Mac lalu, rumah tangga Bella dan Aliff, menjadi topik hangat apabila Aliff didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhainies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

-Berita Harian

Tags: Aliff Azizbella astillahcerai
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KWSP Catat 107,105 Pendaftaran Ahli Baharu

Next Post

SPRM Masih Kesan Menantu Muhyiddin

Related Posts

‘Abang Viva’ Ceraikan Isteri Dengan Talak Satu

‘Abang Viva’ Ceraikan Isteri Dengan Talak Satu

17/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Wira banjir, Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai 'Abang Viva' sah bercerai talak satu dengan isterinya, Evanoza Zakaria,...

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

07/10/2024
0

SHAH ALAM: Selepas tujuh tahun, pasangan pelakon terkenal, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah...

Next Post
SPRM Masih Kesan Menantu Muhyiddin

SPRM Masih Kesan Menantu Muhyiddin

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd