• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

oleh Mohd Arshad
05/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi isu sensitif terutama berkaitan raja, agama dan kaum (3R) berikutan terlalu banyak berita sedemikian dipolemikkan dalam pelbagai platform.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau turut mengingatkan supaya tiada pihak menulis secara semberono, sebaliknya melihat secara mendalam kesannya terutama kepada masyarakat berbilang kaum, agama dan bangsa.

“Terlalu banyak perkara 3R yang dijadikan polemik dan perdebatan. Maka kita harus tahu sensitiviti membabitkan tiga perkara ini. Pada hemat saya harus ada keseimbangan. Tak perlulah (tindakan) perundangan digunakan untuk mengawal tetapi kita sendiri perlu mengawal diri terutama bagi penulis.

“Penulis (berkarya) dengan tidak menyentuh isu tidak sensitif, bukan secara semberono menulis apa saja yang bermain di pemikiran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Kompleks Rumah Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) dan Majlis Aidilfitri Penulis Bersama Timbalan Perdana Menteri di Rumah GAPENA, di sini, hari ini.

Hadir sama, Presiden GAPENA, Datuk Zainal Abidin Borhan.

Beliau yang turut diminta mengulas prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang diterbitkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) yang menurun di tangga ke-107 berbanding ke-73 tahun lalu, mengakui elemen 3R memberi kesan langsung kepada ranking negara.

“Dalam hal ini, pihak kementerian (berkaitan) termasuk Kementerian Komunikasi, Kementerian Digital, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi boleh melakukan sesuatu yang lebih baik supaya soal kebebasan media dapat dipertingkatkan semula.

“Saya juga lihat kita tak boleh gunakan acuan sesebuah negara untuk dijadikan piawaian (mengukur tahap kebebasan media). Ia harus disesuaikan dengan keadaan sensitiviti masyarakat di Malaysia, bukan hanya berbilang kaum, budaya dan agama tetapi kita juga ada raja dan soal bangsa yang pada hemat saya perlu disantuni semua masyarakat daripada bangsa apa pun,” katanya.

Jumaat lalu, Malaysia berada di kedudukan ke-107 dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang diterbitkan oleh RSF berbanding tangga ke-73 tahun lalu.

Bagi negara ASEAN, Malaysia berada di kedudukan kedua dipintas oleh Thailand yang berada pada tangga ke-87 diikuti Indonesia (111), Brunei (117), Singapura (126), Filipina (134), Kemboja (151), Laos (153), Myanmar (171) dan Vietnam (174).

Menurut analisis RSF, kerajaan mengenakan tekanan politik yang besar untuk menghalang media daripada menangani subjek sensitif atau mengkritik ahli politik dan pegawai kerajaan.

BHonline-

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiIsu 3R
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Remaja Perempuan Reka Cerita Diculik Kerana Tak Mahu Pergi Mengaji

Next Post

Peniaga Makanan Jepun Tak Mengaku Rogol Budak Dalam Kereta

Related Posts

Himpunan Pembangkang: Polis Tak Terima Laporan 3R, Penganjur Ditegur Peserta Bawa Kanak-kanak

Himpunan Pembangkang: Polis Tak Terima Laporan 3R, Penganjur Ditegur Peserta Bawa Kanak-kanak

27/07/2025
0

KULIM: Kementerian Dalam Negeri (KDN) belum menerima sebarang laporan pelanggaran berkaitan isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja) atau aduan...

Isu 3R: Polis Rakam Keterangan Muhyiddin Di MIDA Esok

Isu 3R: Polis Rakam Keterangan Muhyiddin Di MIDA Esok

19/08/2024
0

KUALA LUMPUR - Polis akan merakam keterangan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin di pejabat Lembaga Pembangunan Pelaburan...

Next Post
Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Peniaga Makanan Jepun Tak Mengaku Rogol Budak Dalam Kereta

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd