• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tutup Sekolah Jika Suhu Cuaca Lebih 37 Darjah Celsius

oleh Mohd Arshad
05/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bapa Lemas Ketika Cuba Selamatkan Damia, Malik Ikut Terjun Ke Sungai
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Kementerian Pendidikan (KPM) akan menutup mana-mana sekolah sekiranya suhu harian melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut berikutan cuaca panas yang melanda beberapa negeri.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Menterinya, Wong Kah Woh berkata, penutupan sesi persekolahan itu bagaimanapun bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.

“Penutupan sekolah dilakukan mengikut garis panduan yang sedia ada. Pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sedia maklum berkenaan garis panduan itu dan ia masih terpakai.

“Selain itu, sebarang aktiviti luar bilik darjah juga akan dihentikan sekiranya suhu cuaca melebihi 35 darjah Celcius selama tiga hari berturut-turut,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Sirkuit ‘Allianz Junior Badminton Championship’ di Wintel Sport di sini pada Ahad.

Menurut Kah Woh, pihaknya akan memantau keadaan cuaca semasa dengan mendapatkan nasihat daripada KKM dan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) demi kesihatan pelajar.

“Dalam tempoh ini, KPM memberi autonomi kepada pihak sekolah untuk menentukan aktiviti luar mengikut garis panduan tersebut.”

“Bagi kami, kesihatan murid-murid merupakan suatu perkara yang menjadi keutamaan kepada kita,” katanya.

Media melaporkan amaran gelombang haba dikeluarkan di Pasir Mas, Kelantan apabila daerah itu dikesan menerima suhu panas mencecah 40 darjah Celsius.

Tujuh lagi daerah iaitu Kota Bharu, Pasir Puteh, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai pula menerima suhu maksimum harian mencecah 37 darjah Celsius iaitu pada tahap berjaga-jaga.

Selain itu, cuaca panas dengan suhu antara 35 hingga 37 darjah Celsius turut dikesan di Padang Terap, Kedah dan Kota Marudu, Sabah

Pada Jumaat melaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat pengumuman terhadap keperluan penutupan sekolah berikutan cuaca panas dan langkah tersebut memerlukan penelitian Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan untuk diperhalusi

Cuaca panas luar biasa yang melanda terutama di Kelantan, Perlis dan Kedah ketika ini dijangka berlarutan selama dua bulan lagi selain menjadi musim paling panas dunia berikutan fenomena El Nino yang bermula sejak tahun lepas selain faktor perubahan iklim.

SinarHarian-

Tags: KPMSekolahSUHU
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bapa Lemas Ketika Cuba Selamatkan Damia, Malik Ikut Terjun Ke Sungai

Next Post

PRK KKB: Polis Buka Dua Kertas Siasatan Daripada Tujuh Laporan Diterima

Related Posts

KPM Umum 6 Berita Gembira Untuk Guru, Boleh Mohon Bertukar Selepas 2 Tahun Berkhidmat

KPM Umum 6 Berita Gembira Untuk Guru, Boleh Mohon Bertukar Selepas 2 Tahun Berkhidmat

16/05/2025
0

KUCHING: Permohonan pertukaran guru boleh dibuat selepas berkhidmat cukup dua tahun tanpa syarat adalah antara enam berita gembira diterima warga...

KPM Diminta Perhebat Profesionalisme Perguruan Seiring Keperluan Pendidikan Abad Ke-21

KPM Diminta Perhebat Profesionalisme Perguruan Seiring Keperluan Pendidikan Abad Ke-21

16/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Institut Masa Depan Malaysia (MASA) meminta Kementerian Pendidikan (KPM) memperhebat usaha memperkukuh profesionalisme perguruan menerusi inovasi pedagogi, penyediaan...

Next Post
PRK KKB: Polis Buka Dua Kertas Siasatan Daripada Tujuh Laporan Diterima

PRK KKB: Polis Buka Dua Kertas Siasatan Daripada Tujuh Laporan Diterima

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd