• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Bukti Berlaku Pemindahan Minyak Iran Di Luar Pesisir Malaysia – PM

oleh Mohd Arshad
14/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tiada Bukti Berlaku Pemindahan Minyak Iran Di Luar Pesisir Malaysia – PM
Share on FacebookShare on Twitter

DOHA : Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada sebarang bukti menunjukkan berlakunya pemindahan dari kapal ke kapal membabitkan minyak Iran yang disekat di luar perairan Malaysia.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perdana Menteri berkata demikian mengulas kebimbangan dibangkitkan Washington berhubung tindakan Iran yang didakwa mereka menggunakan penyedia perkhidmatan Malaysia untuk memindah minyaknya.

“Tiada satu pun bukti menunjukkan berlakunya pemindahan kapal ke kapal… kita tak ada kapasiti untuk memantau atau mengawasi perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi ‘In Conversation With the Prime Minister of Malaysia’ yang menjadi sebahagian pengisian DEF 2024, dikendalikan Ketua Koresponden Antarabangsa Asia Tenggara Bloomberg Television, Haslinda Amin sebagai moderator.

Terdahulu Haslinda membangkitkan mengenai kebimbangan Washington berhubung penyaluran dana dari Asia Tenggara kepada Hamas.

Minggu lalu, seorang pegawai kanan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) berkata negaranya melihat kapasiti Iran untuk memindahkan minyak bergantung pada penyedia perkhidmatan di Malaysia.

Pegawai itu juga berkata AS cuba menghalang Malaysia daripada menjadi tempat untuk Hamas mengumpul dana dan memindahkan wang.

Sebelum ini, dilaporkan AS percaya perairan Malaysia dan sekitar rantau Asia Tenggara digunakan sebagai lokasi untuk minyak Iran dijual kepada pembelinya menerusi urusan pemindahan minyak dari kapal ke kapal bagi mengelak sekatan dilakukan AS ke atas negara teluk itu.

Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut dilapor bertemu Setiausaha Perbendaharaan bagi Keganasan dan Perisikan Kewangan AS, Brian Nelson dan delegasinya pada 9 Mei lalu susulan perkara itu.

Saifuddin berkata, pihaknya mendengar pembentangan dan penjelasan dikemukakan Nelson mengenai dakwaan wujud aliran dana ke Iran dan proksinya, Hamas melalui sistem kewangan Malaysia itu dengan menganggapnya sebagai maklumat sebelah pihak.

-Berita Harian

Tags: Iranminyakpm
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyebaran berita palsu mengenai kenaikan harga minyak dan harga barang merupakan langkah khianat kepada rakyat dan negara....

4 Anggota Tentera Israel Maut Dalam Pertempuran Sengit Di Selatan Lubnan

4 Anggota Tentera Israel Maut Dalam Pertempuran Sengit Di Selatan Lubnan

01/04/2026
0

BEIRUT – Empat anggota tentera Israel dilaporkan terbunuh dalam pertempuran sengit dengan pejuang Hezbollah di selatan Lubnan, dalam insiden yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd