• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siti Bainun Tarik Balik Rayuan Tangguh Hukuman Penjara 12 Tahun

oleh AK-47
20/05/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Siti Bainun Tarik Balik Rayuan Tangguh Hukuman Penjara 12 Tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali hari ini menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk menggantung pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun kerana mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella, tiga tahun lepas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Peguam Fatin Syaza Irdina Muhamad Eddin Syazri memaklumkan kepada panel tiga hakim Mahkamah Rayuan di Putrajaya bahawa pihaknya mendapat arahan daripada Siti Bainun, 32, selaku perayu untuk menarik balik notis rayuan itu.

“Pihak kami juga mendapat arahan anak guam (Siti Bainun) untuk memfailkan permohonan baharu untuk penangguhan pelaksanaan hukuman di Mahkamah Tinggi,” katanya dan memaklumkan rayuan itu kini bersifat akademik atau tidak lagi relevan.

Timbalan Pendakwa Raya Datin Asmah Musa tidak membantah penarikan balik rayuan tersebut.

Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim yang bersidang bersama-sama Hakim Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin kemudian membatalkan rayuan berkenaan.

Siti Bainun memfailkan rayuan itu selepas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Bache pada 23 Mei tahun lepas, menolak permohonan Siti Bainun untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun apabila mendapati tiada keadaan khas atau luar biasa untuk membenarkan penggantungan pelaksanaan hukuman.

Bagaimanapun, pada 2 Mei lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Noorin Badaruddin mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun terhadap Siti Bainun selepas menolak rayuannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Mei 2023.

Pada 3 Mei 2023, Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Siti Bainun selepas mendapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, 13, dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara itu serta-merta, selepas menolak permohonannya untuk menangguhkan hukuman.

Wanita itu kemudian dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara.

Mahkamah turut memerintahkan Siti Bainun menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM5,000 dan melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.

Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya mangsa sehingga mengakibatkan remaja perempuan sindrom Down itu mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju, antara Februari hingga Jun 2021.

Kedua-dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.

-Bernama

Tags: Rayuansiti bainun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan AGC Tarik Balik Rayuan Kes Rosmah Dibuat Ikut Lunas Undang-undang – PM Anwar

Keputusan AGC Tarik Balik Rayuan Kes Rosmah Dibuat Ikut Lunas Undang-undang – PM Anwar

12/12/2025
0

LANGKAWI: Keputusan pihak pendakwaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor...

Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan Anak Mendiang Anna Jenkins

Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan Anak Mendiang Anna Jenkins

25/09/2025
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan anak warga Australia, Annapuranee Jenkins atau Anna Jenkins, untuk mengembalikan saman kecuaian terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd