• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Perempuan Reka Cerita Diculik Kerana Tak Mahu Pergi Mengaji

oleh Mohd Arshad
05/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: Dakwaan seorang remaja perempuan kononnya menjadi mangsa culik sebelum dapat menyelamatkan diri, Rabu lalu didapati hanya cerita rekaan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata siasatan mendapati remaja berusia 13 tahun sengaja mereka cerita ‘diculik’ kerana enggan pergi mengaji.

Soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan tempat kejadian yang dinyatakan mangsa terdapat keraguan sehingga mangsa membuat cerita kononnya diculik kerana tidak mahu menghadiri kelas mengaji.

“Mangsa juga takut dimarahi pengadu (ibunya) kerana enggan mengaji,” katanya dalam kenyataan, Khamis lalu.

Kasim berkata, siasatan mendapati mangsa berjalan-jalan ke Wawasan Plaza hingga didapati oleh pengawal keselamatan SEDCO berada di situ dalam tempoh lama.

Sehubungan itu, katanya remaja dinasihatkan supaya tidak mereka-reka cerita berkaitan kes jenayah kerana boleh menimbulkan panik, selain menjadi satu kesalahan membuat laporan palsu.

“Perbuatan itu juga menyusahkan pihak polis selain membuang masa dan tenaga melakukan siasatan,” katanya.

Berikutan itu, katanya beliau mengarahkan supaya remaja terbabit diserahkan kepada ibu bapanya dan diberikan nasihat agar tidak mengulangi perbuatan berkenaan.

Terdahulu, tular di media sosial dan berdasarkan apa yang tersebar, mangsa dikatakan diculik dan dibawa lari menggunakan van putih di Kampung Tanjung Aru Baru.

Mangsa turut mendakwa mulutnya ditutup bagaimanapun kanak-kanak terbabit sempat melarikan selepas penculik berhenti untuk membuang air kecil di tepi jalan dekat Sutera Harbour, di sini.

BHonline-

Tags: Diculikkelas mengajiRemaja Perempuan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Next Post

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Related Posts

Remaja Perempuan Dakwa Dicabul Penjawat Awam Di Hotel

Remaja Perempuan Dakwa Dicabul Penjawat Awam Di Hotel

23/03/2025
0

SUBANG JAYA - Seorang remaja perempuan menempuh detik hitam setelah mendakwa dicabul individu yang dipercayai penjawat awam di sebuah hotel...

Polis Minta Bantuan Kesan Tiga Remaja Perempuan Hilang Di Ipoh

Polis Minta Bantuan Kesan Tiga Remaja Perempuan Hilang Di Ipoh

06/01/2025
0

IPOH - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan tiga remaja perempuan yang dilaporkan hilang pada Oktober dan Disember tahun...

Next Post
Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R - TPM Zahid

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd